MALAYSIA
[TERKINI] Kembara Kitchen sediakan ribuan set makanan banjir untuk petugas dan mangsa
William berkata penggunaan kaedah retort dapat memastikan set makanan tahan lebih lama dan membantu petugas melaksanakan misi mencabar. - Foto Astro AWANI
SHAH ALAM: Kembara Kitchen menyediakan hampir 2,000 set makanan setiap hari, dibungkus menggunakan kaedah retort untuk diedarkan kepada petugas dan mangsa banjir di beberapa negeri yang terjejas.
Ringkasan AI
Pengasasnya, William Cheah, berkata sejak 2015 mereka menjalankan misi bantuan makanan dan mendapati para petugas sering berdepan kekurangan bekalan, khususnya ketika bertugas di kawasan pedalaman sehingga menyebabkan stok terputus.
Beliau berkata, penggunaan kaedah retort dapat memastikan set makanan tahan lebih lama dan membantu petugas melaksanakan misi mencabar, khususnya ketika menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap.
“Pihak terawal yang akan bertemu dengan mangsa ialah anggota keselamatan, namun tanpa bekalan seperti pek sedia dimakan atau ready to eat, mereka tidak dapat menghulurkan bantuan awal berupa makanan.
“Kena ingat, anggota keselamatan juga perlu menggunakan tenaga, terutama mereka yang bertugas hampir 24 jam,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Menurut William, antara agensi yang menerima agihan bantuan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta beberapa NGO.
Beliau berkata, pengedaran bantuan kepada agensi keselamatan telah bermula sejak Julai di beberapa lokasi panas sebagai langkah persediaan menghadapi musim banjir yang lazimnya berlaku hujung tahun.
“Sebelum insiden banjir bermula pada akhir November ini, kami telah menghantar lebih kurang 15,000 hingga 20,000 set makanan ke wilayah Pantai Timur, manakala agihan di seluruh negara pula hampir mencecah 70,000 hingga 80,000 set,” jelasnya.
Sebanyak 20 hingga 30 orang sukarelawan daripada pelbagai latar belakang turut berganding bahu menyediakan tujuh jenis menu, antaranya kari ayam, ayam masak merah, kari sayur dan nasi Arab.
William berkata, para sukarelawan ini terlibat dalam semua proses iaitu bermula daripada menyediakan bahan, memasak sehingga membungkus hidangan menggunakan kaedah vakum sebelum dimasukkan ke dalam kotak untuk diagihkan.
Beliau turut memaklumkan bahawa satu kumpulan sukarelawan akan berlepas ke Perlis hari ini bagi menghantar bantuan set makanan.
Ringkasan AI
- Kembara Kitchen menyediakan hampir 2,000 set makanan setiap hari kepada petugas dan mangsa banjir menggunakan kaedah retort untuk memastikan keberlangsungan bekalan makanan, terutamanya di kawasan pedalaman yang sering dilanda kekurangan stok.
- Agihan bantuan juga diberikan kepada agensi keselamatan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, dan Polis Diraja Malaysia sebagai persediaan menghadapi musim banjir yang dijangka berlaku hujung tahun, dengan penghantaran lebih 70,000 hingga 80,000 set makanan ke seluruh negara.
- Sukarelawan Kembara Kitchen turut menyediakan tujuh jenis menu, termasuk kari ayam, ayam masak merah, kari sayur, dan nasi Arab, serta terlibat dalam proses daripada persediaan bahan, memasak, hingga pengedaran bantuan makanan.