[TERKINI] Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN. Pimpinan Johor, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan ikut langkah sama. Ikuti perkembangan di sini
MALAYSIA

[TERKINI] "Kerajaan tegas perangi rasuah, tanpa pilih kasih" – PM Anwar

Seth Akmal 30/12/2025 | 09:30 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersembahkan taklimat terkini berhubung isu rasuah kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Anwar turut menyatakan bahawa beberapa tindakan tegas telah diambil, melibatkan urusan pentadbiran, parti komponen kerajaan, pihak pembangkang, pimpinan utama angkatan tentera serta penjawat awam.

Tambahnya kerajaan tidak akan bertolak ansur atau tunduk kepada sebarang ugutan, serta akan bertindak tegas berasaskan hasil siasatan, tanpa mengira pihak yang terlibat.

“Saya tentunya menyampaikan maklumat terkini hasil siasatan badan-badan berkaitan, sambil menegaskan bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur dan tidak akan menerima sebarang ugutan daripada mana-mana pihak.

“Kerajaan akan bertindak tegas dalam menangani masalah ini, sama ada melibatkan kawan mahupun lawan,” atanya pada sidang media khas di Pejabat Perdana Menteri di sini selepas menghadap Agong di Johor hari ini.



Pada masa sama, Anwar turut menegaskan dasar utama Kerajaan MADANI untuk memperkukuh tatakelola serta menghapuskan amalan rasuah namun masih terdapat pihak yang mengamalkan jenayah rasuah.

“Masih terdapat saki-baki pihak yang terperangkap dalam kerangka dan pola budaya lama yang 'bobrok',” katanya lagi.

[TERKINI] Sidang media Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim









#Perdana Menteri #Anwar Ibrahim #perangi rasuah #tanpa pilih kasih #Yang di-Pertuan Agong #terkini