MALAYSIA
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib akan fail rayuan pada Isnin - Shafee
Peguam Tan Sri Mohamed Shafee Abdullah menyatakan bahawa beliau tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap anak guamnya bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes 1MDB. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Peguam Tan Sri Mohamed Shafee Abdullah menyatakan bahawa beliau tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap anak guamnya bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ringkasan AI
Mohamed Shafee menegaskan keputusan tersebut mendorong beliau lebih bersemangat untuk mengemukakan rayuan pada Isnin depan.
“Kami tidak terkejut dengan keputusan ini kerana kami telah menjangkakannya... tetapi bersemangat untuk melakukan yang lebih baik di peringkat rayuan kerana pada hari Isnin nanti. Kami akan memfailkan rayuan,” katanya semasa sidang media Istana Kehakiman hari ini.
Beliau menyifatkan ini adalah kali pertama dalam hampir 50 tahun kerjayanya dalam bidang perundangan di mana beliau kalah pada setiap isu.
“Tidak ada satu pun isu walaupun yang kecil yang saya menang... langsung tiada, sifar. Jika diumpamakan dalam bola sepak, mereka menjaringkan 100 gol dan kami menjaringkan sifar,” jelasnya.
Najib dikenakan hukuman penjara 15 tahun serta denda berjumlah RM11.38 bilion selepas didapati bersalah terhadap empat pertuduhan menyalahgunakan kuasa untuk menerima suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB.
Beliau juga didapati bersalah terhadap 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.
Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Collin Lawrence Sequerah, menjatuhkan hukuman itu pada jam 9 malam tadi.
Bagi setiap pertuduhan penyalahgunaan kuasa, Najib dijatuhi hukuman penjara 15 tahun. Manakala bagi setiap pertuduhan pengubahan wang haram, beliau dikenakan hukuman penjara lima tahun.
Semua hukuman akan dilaksanakan secara serentak, selepas Najib selesai menjalani hukuman penjara berkaitan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
Selain itu, mahkamah menetapkan bahawa Najib boleh dipenjara sehingga 40 tahun sekiranya gagal melunaskan denda yang dikenakan.
Ringkasan AI
- Peguam Tan Sri Mohamed Shafee Abdullah menyatakan tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes 1MDB.
- Mohamed Shafee bersemangat untuk mengemukakan rayuan pada Isnin berikutnya, menyifatkan kekalahan ini sebagai pertama dalam 50 tahun kerjayanya.
- Najib dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion atas empat pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram. Hukuman-hukuman ini akan dilaksanakan serentak selepas kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.