MALAYSIA
[TERKINI] Kes 1MDB: “Saya akan terus tuntut hak saya” - Najib Razak
Kenyataan Najib dibacakan oleh peguamnya Tan Sri Mohamed Shafee Abdullah semasa sidang media di Mahkamah Persekutuan di sini hari ini. - Astro AWANI/Rizal Rahim
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan akan terus menuntut haknya melalui saluran yang sah.
“Saya akan terus menuntut hak saya melalui saluran yang sah dengan maruah dan kesabaran walaupun jalannya sunyi dan menuntut pengorbanan yang besar,” katanya.
Kenyataan bekas Menteri Kewangan itu dibacakan oleh peguamnya Tan Sri Mohamed Shafee Abdullah semasa sidang media di Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Najib bersalah atas kesemua empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Apapun keputusan hari ini, saya tetap yakin kepada proses kehakiman negara,” katanya.
Dalam kenyataan yang sama, Najib turut menyeru orang ramai bertenang, tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi yang boleh menjejaskan keharmonian dan menghina proses perundangan.
“Saya memohon semua rakyat Malaysia agar kekal tenang, rasional dan berhemah… perbezaan pandangan harus dizahirkan secara matang, tertib dan berlandaskan undang-undang," katanya.
Najib turut meluahkan isi hatinya apabila merasakan seolah-olah menghadapi kes ini secara bersendirian, namun tetap bertekad untuk meneruskannya atas dasar prinsip.
“Apa yang saya tuntut hanyalah hak yang diperuntukkan oleh undang-undang dan apa yang telah diperkenankan.
"Niat saya tidak pernah berubah untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya lagi.
Dalam sidang media yang sama, Shafee mengesahkan akan memulakan proses rayuan pada Isnin depan.