awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek ada pengetahuan, kemahiran dalam pembuatan bahan letupan - Polis
Kes petrol RON95 disyaki tercemar: KPDN Sarawak buka kertas siasatan
Terowong terpanjang di dunia dibuka di Xinjiang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Kes 1MDB: SPRM akan terus berperanan tanpa rasa takut, pilih kasih dan berfakta - Azam Baki

Astro Awani
Astro Awani
26/12/2025
08:55 MYT
[TERKINI] Kes 1MDB: SPRM akan terus berperanan tanpa rasa takut, pilih kasih dan berfakta - Azam Baki
AZAM: Keputusan ini bukanlah satu detik untuk diraikan atau patut dibanggakan, sebaliknya ia mencerminkan pelaksanaan tanggungjawab dan amanah kepada negara. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa rasa takut atau pilih kasih, berpandukan sepenuhnya kepada fakta, bukti, dan kepentingan awam.

Ringkasan AI
  • SPRM menegaskan komitmen untuk menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa rasa takut atau pilih kasih, berasaskan fakta, bukti, dan kepentingan awam selepas keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan kes bekas Perdana Menteri Najib Razak.
  • Najib didapati bersalah menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB, dengan ketua SPRM menyatakan keputusan ini mencerminkan tanggungjawab dan amanah kepada negara.
  • Penghargaan diberikan kepada pegawai penyiasat dan pasukan Pendakwaan SPRM atas ketekunan serta komitmen dalam siasatan 1MDB sejak Julai 2015, dengan kerjasama agensi seperti BNM, PDRM, FBI, DOJ, IACCC UK, dan lain-lain turut ditekankan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata demikian susulan keputusan Mahkamah Tinggi di Istana Kehakiman yang mensabitkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.
Mahkamah pada Jumaat mendapati Najib bersalah menggunakan kedudukannya bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Keputusan ini bukanlah satu detik untuk diraikan atau patut dibanggakan, sebaliknya ia mencerminkan pelaksanaan tanggungjawab dan amanah kepada negara,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan hari ini.
Beliau turut menyatakan penghargaan kepada pegawai penyiasat serta pasukan Pendakwaan SPRM yang telah terlibat sejak awal siasatan 1MDB dimulakan pada Julai 2015 sehingga penyelesaiannya.
“Penghargaan ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan ketekunan luar biasa para pegawai penyiasat, khususnya dalam mendapatkan keterangan dan bukti sama ada di dalam negara mahu pun di peringkat antarabangsa.
“Siasatan ini berdepan dengan pelbagai cabaran perundangan, teknikal dan bidang kuasa, namun pasukan penyiasat kekal beriltizam untuk memenuhi piawaian perundangan yang ketat bagi membolehkan kes ini dibawa dan dibicarakan di mahkamah,” katanya lagi.
Azam turut menekankan sumbangan penting Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan siasatan berjalan lancar.
Tambahnya, kerjasama rakan penguat kuasa luar negara juga amat penting, terutamanya dalam mendapatkan bukti rentas sempadan melalui mekanisme Bantuan Perundangan Bersama (Mutual Legal Assistance).
Antara agensi yang banyak membantu termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, Pusat Penyelarasan Antirasuah Antarabangsa (IACCC) UK, Pejabat Peguam Negara Switzerland, Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura, serta pihak berkuasa dari Belanda dan Barbados.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah keputusan Mahkamah Tinggi yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak? A: Mahkamah Tinggi mendapati Najib bersalah menggunakan kedudukannya bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB.
  • Q: Siapakah yang disebutkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM sebagai turut memberi sumbangan penting dalam siasatan kes 1MDB? A: Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disebut sebagai pihak yang memberi sumbangan penting dalam siasatan kes 1MDB.
  • Q: Mengapakah Ketua Pesuruhjaya SPRM mengucapkan penghargaan kepada pegawai penyiasat dan pasukan Pendakwaan SPRM? A: Penghargaan diberikan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan ketekunan para pegawai penyiasat dalam mendapatkan keterangan dan bukti, serta memenuhi piawaian perundangan yang ketat bagi kes 1MDB.

Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#Azam Baki
#SPRM
#Mahkamah Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan