MALAYSIA
[TERKINI] Kes Zara Qairina: JSJ Bukit Aman ambil alih kes
Allahyarham Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lepas. - Gambar fail
KOTA KINABALU : Pasukan task force dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman kini mengambil alih siasatan kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir di Sabah.
Kenyataan Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) berkata, pasukan task force yang dianggotai sembilan pegawai serta anggota itu sudah dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bagi tujuan itu.
“Penghantaran pasukan khas itu adalah sebahagian daripada komitmen PDRM untuk melaksanakan siasatan dilaksanakan secara telus dan menyeluruh,” katanya di sini, pada Isnin.
Kenyataan itu menegaskan PDRM memandang serius setiap kes kehilangan nyawa.
“Justeru, semua pihak diminta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara profesional serta mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan,” ujarnya.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lepas.
Pelajar itu dibawa ke hospital berkenaan selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai lalu.