MALAYSIA

[TERKINI] Ketua Pengarah, Timbalan KP JAS ditahan SPRM berkaitan isu e-waste

Khalis Khadir 29/01/2026 | 11:25 MYT
Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan sekitar jam 6.30 petang pada Khamis selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan isu e-waste.


Ringkasan AI
  • Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah JAS ditahan oleh SPRM bagi siasatan kes berkaitan isu e-waste.
  • Sumber menyatakan siasatan melibatkan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah dalam pengurusan sisa elektronik.
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM menegaskan bahawa penahanan dilakukan selaras dengan Akta SPRM 2009 dan tidak akan berkompromi terhadap rasuah.


Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan sekitar jam 6.30 petang pada Khamis selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Siasatan dijalankan bagi meneliti dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan sisa elektronik yang dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini,” kata sumber.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan berkenaan dengan siasatan dilakukan mengikut Akta SPRM 2009.

Tegas beliau, SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam perbuatan rasuah, tanpa mengira kedudukan atau jawatan.





#SPRM #Jabatan Alam Sekitar #Azam Baki