MALAYSIA
[TERKINI] Mangsa banjir di Perak melebihi 2,500 orang, Muallim daerah terbaharu terjejas
Manjung paling terjejas dengan 1,212 orang dipindahkan ke 13 pusat pemindahan. - Foto JBPM Perak
IPOH: Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 2,542 orang setakat jam 4 pagi tadi yang turut menyaksikan Muallim menjadi daerah terbaharu terjejas.
Ringkasan AI
Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, seramai 78 orang daripada 28 keluarga dipindahkan ke dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Muallim.
Katanya, Manjung menjadi daerah paling terjejas apabila 1,212 orang daripada 365 keluarga dipindahkan ke 13 buah PPS, diikuti Perak Tengah dengan 766 orang dari 255 keluarga dipindahkan ke tujuh PPS.
“Hilir Perak pula seramai 184 orang dari 54 keluarga dipindahkan ke dua PPS, Bagan Datuk seramai 236 mangsa dari 81 keluarga kini ditempatkan di tiga PPS di samping Larut Matang dan Selama 66 orang dari 20 keluarga juga dipindahkan ke dua PPS,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Sementara itu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) kesemua 12 daerah di Perak dijangka mengalami hujan sepanjang hari ini.
Bagaimanapun, METMalaysia menjangkakan hujan lebat berterusan berlaku sehingga esok di daerah Kerian, Larut Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
Info terkini Cuaca dan Banjir
Dalam masa sama, tiga lagi daerah di Perak iaitu Kampar, Batang Padang dan Muallim pula dijangka menerima hujan yang berterusan.
Sementara itu, menurut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air Sungai Bidor di Changkat Jong, Teluk Intan dan Sungai Slim di Slim River telah melebihi paras bahaya.
Menurut laporan itu, paras air Sungai Bidor telah mencecah 4.59 meter, melebih paras bahaya 3.5 meter manakala Sungai Slim mencatatkan 27.81 meter, berbanding paras bahaya 25.4 meter.
Selain itu, paras air di Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang berada pada paras amaran apabila mencatatkan 22.31 meter, melebihi paras amaran 22.20 meter.
Ringkasan AI
- Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 2,542 orang, dengan Muallim menjadi daerah terbaharu terjejas, di mana 78 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
- Manjung paling terjejas dengan 1,212 orang dipindahkan ke 13 pusat pemindahan, diikuti Perak Tengah dengan 766 orang dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan.
- Kesemua 12 daerah di Perak dijangka mengalami hujan sepanjang hari ini, dengan ramalan hujan lebat berterusan di beberapa kawasan sehingga esok, termasuk di daerah Kerian, Larut Matang, dan Selama.