MALAYSIA
[TERKINI] Muhammad Hafizuddeain pilih bersara awal, jawatan PAT masih kosong
Keputusan persaraan awal Muhammad Hafizuddeain (foto) membolehkan ATM mempercepatkan proses pelantikan PAT baharu, selepas pelantikan beliau ditangguhkan susulan kes yang sedang dihadapi. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan memutuskan untuk bersara awal daripada perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Perkara itu disahkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang memaklumkan kementeriannya menerima surat mengenai hasrat persaraan tersebut melalui peguam beliau pada Isnin.
Menurut Mohamed Khaled, keputusan itu membolehkan ATM memulakan proses pelantikan pengganti bagi mengisi kekosongan jawatan Panglima Angkatan Tentera (PAT).
“Saya ingin memaklumkan, saya telah menerima surat daripada peguam Tan Sri Muhammad Hafizuddeain yang memaklumkan hasrat beliau untuk bersara awal daripada Angkatan Tentera Darat berkuat kuasa 1 Januari tahun ini.
“Dengan permohonan persaraan awal ini, ia membolehkan pihak ATM memulakan proses mencari pengganti bagi jawatan Panglima Angkatan Tentera,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perutusan Tahun Baharu Kementerian Pertahanan, di sini, pada Isnin.
Mohamed Khaled menjelaskan, sebelum ini Majlis Angkatan Tentera (MAT) memutuskan Muhammad Hafizuddeain sebagai calon untuk mengisi jawatan PAT, namun pelantikan itu ditangguhkan susulan kes yang sedang dihadapi beliau.
“Pelantikan beliau sebagai PAT sepatutnya berkuat kuasa 1 Januari lalu, namun keputusan itu ditangguhkan. Dengan persaraan awal ini, jawatan PAT kini secara rasmi kosong,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata antara alasan utama Muhammad Hafizuddeain memilih untuk bersara adalah bagi membolehkan ATM mempercepatkan proses pelantikan PAT baharu.
Ketika ini, jawatan berkenaan dipangku oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain.
“Proses pelantikan PAT melibatkan Majlis Angkatan Tentera pada mesyuarat Februari ini sebelum dikemukakan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Sekiranya tidak diperkenankan, nama lain akan dikemukakan sehingga mendapat perkenan Tuanku,” jelasnya.
Sebelum itu, Mohamed Khaled turut mengesahkan Muhammad Hafizuddeain diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan selesai.
Sebelum ini, media melaporkan bekas Panglima Tentera Darat itu bersama dua isterinya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan projek perolehan tender Tentera Darat Malaysia (TDM).
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, telah memutuskan untuk bersara awal daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula 1 Januari lalu, membolehkan proses pelantikan pengganti bagi jawatan Panglima Angkatan Tentera dimulakan.
- Keputusan persaraan awal Muhammad Hafizuddeain membolehkan ATM mempercepatkan proses pelantikan PAT baharu, selepas pelantikan beliau ditangguhkan susulan kes yang sedang dihadapi.
- Majlis Angkatan Tentera akan memutuskan calon PAT pada mesyuarat Februari sebelum dikemukakan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong, manakala Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain kini memegang jawatan tersebut sementara.
Perkara itu disahkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang memaklumkan kementeriannya menerima surat mengenai hasrat persaraan tersebut melalui peguam beliau pada Isnin.
Menurut Mohamed Khaled, keputusan itu membolehkan ATM memulakan proses pelantikan pengganti bagi mengisi kekosongan jawatan Panglima Angkatan Tentera (PAT).
“Saya ingin memaklumkan, saya telah menerima surat daripada peguam Tan Sri Muhammad Hafizuddeain yang memaklumkan hasrat beliau untuk bersara awal daripada Angkatan Tentera Darat berkuat kuasa 1 Januari tahun ini.
“Dengan permohonan persaraan awal ini, ia membolehkan pihak ATM memulakan proses mencari pengganti bagi jawatan Panglima Angkatan Tentera,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perutusan Tahun Baharu Kementerian Pertahanan, di sini, pada Isnin.
Mohamed Khaled menjelaskan, sebelum ini Majlis Angkatan Tentera (MAT) memutuskan Muhammad Hafizuddeain sebagai calon untuk mengisi jawatan PAT, namun pelantikan itu ditangguhkan susulan kes yang sedang dihadapi beliau.
“Pelantikan beliau sebagai PAT sepatutnya berkuat kuasa 1 Januari lalu, namun keputusan itu ditangguhkan. Dengan persaraan awal ini, jawatan PAT kini secara rasmi kosong,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata antara alasan utama Muhammad Hafizuddeain memilih untuk bersara adalah bagi membolehkan ATM mempercepatkan proses pelantikan PAT baharu.
Ketika ini, jawatan berkenaan dipangku oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain.
“Proses pelantikan PAT melibatkan Majlis Angkatan Tentera pada mesyuarat Februari ini sebelum dikemukakan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Sekiranya tidak diperkenankan, nama lain akan dikemukakan sehingga mendapat perkenan Tuanku,” jelasnya.
Sebelum itu, Mohamed Khaled turut mengesahkan Muhammad Hafizuddeain diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan selesai.
Sebelum ini, media melaporkan bekas Panglima Tentera Darat itu bersama dua isterinya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan projek perolehan tender Tentera Darat Malaysia (TDM).
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapakah Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan memutuskan untuk bersara awal daripada perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)?
A: Beliau memilih untuk bersara awal bagi membolehkan ATM mempercepatkan proses pelantikan Pengganti Panglima Angkatan Tentera (PAT). - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Menteri Pertahanan berkaitan dengan persaraan Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan?
A: Menteri Pertahanan mengesahkan persaraan beliau serta mengarahkan beliau bercuti serta-merta sehingga siasatan berkaitan projek perolehan tender Tentera Darat Malaysia (TDM) selesai. - Q: Siapakah yang kini memegang jawatan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT) setelah persaraan Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan?
A: Jawatan PAT kini dipegang oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain. - Q: Bagaimanakah proses pelantikan PAT baharu akan berlangsung?
A: Proses pelantikan PAT baharu melibatkan Majlis Angkatan Tentera pada mesyuarat Februari sebelum dikemukakan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong. - Q: Apakah tindakan yang diambil apabila pelantikan Tan Sri Muhammad Hafizuddeain sebagai PAT ditangguhkan?
A: Keputusan pelantikan beliau ditangguhkan susulan kes yang sedang dihadapi beliau, dan jawatan PAT kini secara rasmi kosong.