MALAYSIA
[TERKINI] Mujahid, Takiyuddin capai persetujuan tamat saman fitnah
Mujahid Yusof (kiri) dan Takiyuddin Hassan, mencapai persetujuan untuk menamatkan pertikaian saman fitnah yang difailkan. - Gambar fail
SHAH ALAM: Kes saman fitnah yang difailkan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof terhadap PAS berhubung dakwaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyokong budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), diselesaikan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Peguam Noorazmir Zakaria, yang mewakili Mujahid memaklumkan kepada Hakim Roslan Mat Nor bahawa kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes itu dengan terma-terma yang tidak didedahkan kepada umum.
"Untuk rekod hari ini, satu kenyataan bersama telah dikemukakan dan selepas kenyataan tersebut direkodkan oleh mahkamah, pihak kami akan menarik balik kes ini," kata peguam itu.
Sementara itu, peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili PAS mengesahkan perkara berkenaan.
Hakim Roslan kemudian merekodkan persetujuan terhadap kenyataan bersama bagi penyelesaian kes saman itu dan merakamkan terima kasih kepada kedua-dua pihak kerena bersetuju menyelesaikan pertikaian kes secara baik di luar mahkamah, selain menghargai usaha peguam dalam berunding itu.
Kenyataan bersama menyatakan bahawa setelah mempertimbangkan semula kesan tindakan saman fitnah serta kos perundangan yang bakal ditanggung, kedua-dua pihak bersetuju menamatkan pertikaian itu secara muktamad memandangkan terdapat isu lebih besar yang perlu diberi perhatian demi kepentingan negara.
"Sehubungan itu, kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk menghentikan pertikaian dalam prosiding tersebut dan Takiyuddin selaku Setiausaha Agung PAS, tanpa sebarang pengakuan liabiliti, dengan terbuka dan suci hati, memohon maaf kepada Mujahid atas hantaran itu.
"Mujahid, yang menghargai tindakan murni tersebut, bersetuju untuk menarik balik tindakan guaman sivil itu tanpa kebebasan untuk memfailkan semula dan tanpa sebarang perintah berkenaan kos," menurut kenyataan itu.
Kenyataan sama turut menyatakan kedua-dua pihak merakamkan penghargaan kepada mahkamah, pegawai mahkamah dan peguam yang terlibat atas profesionalisme dan budi bicara mereka dalam mengendalikan kes ini.
"Kedua-dua pihak berharap penyelesaian ini diterima dan dihormati oleh semua pihak, serta tidak dijadikan bahan untuk mengganggu kesejahteraan, perpaduan dan keharmonian negara," menurut kenyataan itu.
Pada 15 Dis 2022, Mujahid sebagai plaintif yang memfailkan saman itu terhadap PAS melalui Takiyuddin, mendakwa pada 16 Okt tahun sama, PAS selaku defendan dengan niat jahat telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnahnya dengan membuat atau menerbitkan kenyataan fitnah di ruangan status akaun Facebook parti berkenaan.
Dalam pernyataan pembelaan, PAS mendakwa pernyataan tuntutan plaintif adalah cacat dan tidak sah kerana plaintif gagal menamakan pelaku kesalahan yang mempunyai kawalan serta melakukan penerbitan bagi artikel berkenaan.
-- BERNAMA