MALAYSIA

[TERKINI] Naik gaji penjawat awam bukan kerana didesak - PM Anwar

Umavathi Ramayah 05/01/2026 | 05:33 MYT
Anwar berucap pada Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi Januari dan Amanat Tahun 2026, di sini, pada Isnin. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Perdana Menteri menjelaskan, keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan kakitangan awam.

Sebaliknya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia dilakukan kerana wujud keperluan selepas kali terakhir kenaikan tahunan gaji penjawat awam berlaku sekurang-kurangnya 10 tahun lalu.

Menurutnya, tanggungjawab penjawat awam juga sudah bertambah selain gaji yang diterima hanya sekadar memenuhi keperluan keluarga.

"Penjawat awam bila dah naik gaji, dah fikir kereta baharu, televisyen baharu, isteri baharu… Penambahan itu menyebabkan kos tambahan keseluruhannya RM18 bilion.

"Ini bukan kerana tuntutan penjawat awam (sebaliknya) kerana kita lihat tanggungjawab bertambah dan (selama) 12 tahun diakui gaji semua ini hanya memenuhi hak sebagai ketua keluarga… (jadi) saya mulakan dengan memberikan keadilan kepada rakan penjawat awam.

"Ini termasuk gaji hakim. Ada yang bertanya kenapa naik mendadak 30 peratus, kerana 10 tahun sejak 2015 tidak ada kenaikan tahunan, tidak ada kajian semula," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun 2026 Jabatan Perdana Menteri di sini, pada Isnin.











#Anwar Ibrahim #penjawat awam #kenaikan gaji #Perdana Menteri #terkini