[TERKINI] Kes Zara Qairina: JSJ Sahkan Pegawai Penyiasat Tidak Patuh SOP, Gagal Mohon Bedah Siasat – Ikuti Perkembangan Di Sini
MALAYSIA

[TERKINI] Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina

Astro Awani 13/08/2025 | 06:30 MYT
Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengadakan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Zara Qairina Mahathir (foto). -Gambar fail/Sinar Harian
PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memutuskan agar inkues dijalankan berhubung kematian Zara Qairina Mahathir.


Ringkasan AI
  • Jabatan Peguam Negara akan mengadakan prosiding inkues untuk menyiasat punca kematian Zara Qairina Mahathir.
  • Keputusan dibuat selepas meneliti laporan siasatan daripada PDRM, selaras dengan subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah.
  • Inkues bertujuan menentukan sebab kematian dan sama ada wujud unsur jenayah atau sebaliknya.


Ia selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339(1) kanun tatacara jenayah (akta 593).

Menurut AGC, prosiding inkues ini bertujuan menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kes kematian Zara Qairina.

Proses ini akan dikendalikan di Mahkamah Koroner secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang.

Keputusan itu dibuat selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan selaras dengan peruntukan Subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 59).




Pada Ahad, kubur Allahyarham Zara Qairina telah digali semula selepas permohonan dipersetujui oleh AGC bagi menjalankan proses bedah siasat.

Allahyarham ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang asrama sekolah pada jam 3 pagi, 16 Julai lalu.






#Jabatan Peguam Negara #Zara Qairina Mahathir #prosiding inkues #punca kematian