[TERKINI] Pejabat SPRM Perlis ditutup sementara akibat banjir
![[TERKINI] Pejabat SPRM Perlis ditutup sementara akibat banjir [TERKINI] Pejabat SPRM Perlis ditutup sementara akibat banjir](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-08/61755670556_LogoSPRM.jpg)
Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis ditutup sementara berikutan banjir yang melanda negeri itu.
PUTRAJAYA: Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis ditutup sementara berikutan banjir yang melanda negeri itu.
Menurut kenyataan SPRM, penutupan sementara itu dilakukan susulan laluan ke pejabat berkenaan telah dinaiki air dan tidak dapat dilalui.
"Buat masa ini, tiada jangkaan bila tarikh Pejabat SPRM Perlis akan dibuka semula, namun ia bergantung kepada situasi semasa keadaan banjir di negeri berkenaan," menurut kenyataan itu, di sini, hari ini.
Menurut SPRM, walaupun pejabat ditutup, orang ramai masih boleh menyalurkan aduan rasuah atau membuat rujukan melalui saluran rasmi SPRM termasuk portal www.sprm.gov.my, portal aduan rasuah www.portaladuan.sprm.gov.my, talian bebas tol 1800-88-6000 serta aplikasi MACC Mobile.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


