[TERKINI] Pelajar Perempuan Maut Ditikam di Sekolah Bandar Utama – Suspek Ditahan, Direman Esok | Ikuti Perkembangan di Saluran 501 & Semua Platform AWANI
MALAYSIA

[TERKINI] Pelajar tingkatan empat maut ditikam: Polis rampas dua senjata tajam

Sinar Harian 14/10/2025 | 06:03 MYT
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shamsudin Mamat, bercakap pada sidang media berhubung penemuan dua senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian tikaman terbabit. - Foto Bernama
PETALING JAYA: Polis merampas dua senjata tajam yang disyaki digunakan dalam kejadian seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut ditikam di sebuah sekolah di Bandar Utama di sini pada Selasa.


Ringkasan AI
  • Polis merampas dua senjata tajam yang disyaki digunakan dalam kejadian tikaman terhadap pelajar perempuan Tingkatan Empat di tandas sekolah menengah di Bandar Utama sekitar jam 9.10 pagi Selasa.
  • Ketua Polis Daerah Petaling Jaya memaklumkan suspek pelajar lelaki Tingkatan Dua berusia 14 tahun telah ditahan dan akan direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
  • Mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan mayatnya dihantar ke PPUM untuk bedah siasat; tiada pelajar lain dilaporkan cedera dalam insiden tersebut.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, kejadian kira-kira jam 9.10 pagi itu berlaku di kawasan tandas pelajar perempuan sebelum disedari seorang guru yang mendengar bunyi jeritan.

Menurutnya, polis yang dikejarkan ke lokasi telah menahan seorang pelajar lelaki tingkatan dua berusia 14 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.

“Kita telah merampas dua senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian ini,” katanya ketika ditemui pemberita di hadapan sekolah terbabit pada Selasa.

Beliau bagaimanapun tidak mengesahkan jenis senjata tajam itu kerana ia memerlukan pengesahan lanjut.

Shamsudin berkata, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Tambahnya, motif kejadian masih dalam siasatan.

“Suspek telah ditahan dan akan direman esok (Rabu) di Mahkamah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya lagi, tiada pelajar lain yang dilaporkan cedera atau menjadi mangsa dalam kes tersebut.

Tinjauan Sinar Harian di sekolah berkenaan mendapati penjaga serta ibu bapa pelajar lain memenuhi kawasan hadapan pintu pagar sekolah bagi mengetahui perkembangan terkini mengenai insiden itu. - Sinar Harian










#kes tikam sekolah #pelajar ditikam #pelajar maut ditikam #Menteri Pendidikan Malaysia