MALAYSIA
[TERKINI] Pelajar tingkatan tiga maut ditikam: Polis sahkan mangsa ditikam lebih sekali
Mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. - Foto Sinar Harian
PETALING JAYA : Polis mengesahkan pelajar tingkatan tiga yang maut ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, di sini, ditikam lebih dari sekali.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat memberitahu, siasatan awal juga mendapati tiada sebarang unsur buli.
“Setakat siasatan awal yang sudah dijalankan, saya mengesahkan tiada unsur buli yang berlaku.
“Namun, siasatan lanjut kita akan jalankan jika timbul perkara lain," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, Shamsudin turut memaklumkan mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM) untuk bedah siasat.
Menurut Shamsudin, motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis.
"Kita akan pergi kepada siasatan lanjut selepas ini. Masih terlalu awal untuk (mengenal pasti punca kejadian)," katanya.
Beliau memberitahu, polis juga dalam proses merakam keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian itu.
"Antara yang direkodkan keterangan adalah rakan-rakan mangsa, suspek dan guru," katanya.
Kejadian kira-kira jam 9.10 pagi itu berlaku di kawasan tandas pelajar perempuan sebelum disedari guru yang mendengar bunyi jeritan dari lokasi insiden.
Polis yang dikejarkan ke lokasi telah menahan suspek iaitu seorang pelajar berusia 14 tahun.
Suspek telah ditahan dan akan direman esok (Rabu) di Mahkamah Petaling Jaya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ringkasan AI
- Pelajar tingkatan tiga maut dipercayai ditikam lebih daripada sekali oleh pelajar lelaki berusia 14 tahun di tandas sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya.
- Polis mengesahkan tiada unsur buli dalam siasatan awal, namun motif kejadian masih disiasat dan keterangan rakan mangsa, suspek serta guru sedang diambil.
- Suspek ditahan dan akan direman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala mayat mangsa dibawa ke PPUM untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat memberitahu, siasatan awal juga mendapati tiada sebarang unsur buli.
“Setakat siasatan awal yang sudah dijalankan, saya mengesahkan tiada unsur buli yang berlaku.
“Namun, siasatan lanjut kita akan jalankan jika timbul perkara lain," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, Shamsudin turut memaklumkan mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM) untuk bedah siasat.
Menurut Shamsudin, motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis.
"Kita akan pergi kepada siasatan lanjut selepas ini. Masih terlalu awal untuk (mengenal pasti punca kejadian)," katanya.
Beliau memberitahu, polis juga dalam proses merakam keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian itu.
"Antara yang direkodkan keterangan adalah rakan-rakan mangsa, suspek dan guru," katanya.
Kejadian kira-kira jam 9.10 pagi itu berlaku di kawasan tandas pelajar perempuan sebelum disedari guru yang mendengar bunyi jeritan dari lokasi insiden.
Polis yang dikejarkan ke lokasi telah menahan suspek iaitu seorang pelajar berusia 14 tahun.
Suspek telah ditahan dan akan direman esok (Rabu) di Mahkamah Petaling Jaya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

#SMK Bandar Utama
#Fadhlina Sidek
#Menteri Pendidikan Malaysia
#pelajar maut ditikam
#terkini
#Shamsudin Mamat