[TERKINI] Pelajar tingkatan empat maut ditikam: Polis tubuh pasukan khas
![[TERKINI] Pelajar tingkatan empat maut ditikam: Polis tubuh pasukan khas [TERKINI] Pelajar tingkatan empat maut ditikam: Polis tubuh pasukan khas](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-10/41760422829_TBTIKAM.jpg)
Siasatan awal mendapati suspek pelajar Tingkatan Satu dipercayai menikam mangsa Tingkatan Tiga di tandas sekolah menggunakan senjata tajam. - Gambar fail
PETALING JAYA: Polis menubuhkan pasukan khas di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi menyiasat secara menyeluruh kes seorang pelajar maut ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pada Selasa.
Ringkasan AI
- Polis menubuhkan pasukan khas di IPD Petaling Jaya dengan bantuan IPK Selangor bagi menyiasat kes tikaman pelajar di sekolah menengah Bandar Utama secara menyeluruh, termasuk motif dan latar belakang suspek.
- Siasatan awal mendapati suspek pelajar Tingkatan Satu dipercayai menikam mangsa Tingkatan Tiga di tandas sekolah menggunakan senjata tajam; dua senjata dirampas dan suspek akan direman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Ketua Polis Daerah menyeru orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan membiarkan siasatan dijalankan secara profesional; difahamkan suspek dan mangsa pernah belajar di kelas peralihan.
“Fokus siasatan adalah untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian serta mendapatkan gambaran penuh kronologi sebelum dan selepas insiden berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Selasa.
Shahrulnizam berkata, siasatan awal mendapati suspek yang juga pelajar tingkatan satu dipercayai menikam mangsa, pelajar tingkatan tiga, di dalam tandas sekolah menggunakan senjata tajam.
“Suspek ditahan tidak lama selepas kejadian dan dua senjata tajam turut dirampas di lokasi,” jelasnya.
Menurut Shahrulnizam, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat, manakala suspek akan direman di Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Kami menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini. Biarlah siasatan dijalankan secara profesional” katanya.
Sementara itu, difahamkan, suspek dan mangsa pernah belajar di kelas peralihan sebelum ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami