[TERKINI] Pelajar Perempuan Maut Ditikam di Sekolah Bandar Utama – Suspek Ditahan, Direman Esok | Ikuti Perkembangan di Saluran 501 & Semua Platform AWANI
MALAYSIA

[TERKINI] Pelajar tingkatan tiga maut ditikam: 'Tiada elemen buli' - Polis

Astro Awani 14/10/2025 | 06:20 MYT
Pemantauan ketat dilaksanakan di pekarangan sekolah susulan kejadian kes bunuh membabitkan mangsa seorang pelajar perempuan tingkatan tiga pada Selasa. - Gambar/ Sinar Harian
PETALING JAYA: Polis mengesahkan tiada elemen buli dikenal pasti setakat ini dalam kejadian pelajar perempuan tingkatan tiga maut ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pada Selasa.


Ringkasan AI
  • Polis mengesahkan tiada elemen buli dalam kejadian tikaman pelajar perempuan tingkatan tiga di tandas sekolah menengah Bandar Utama, namun siasatan lanjut masih dijalankan termasuk rakaman keterangan rakan mangsa.
  • Ketua Polis Daerah Petaling Jaya memaklumkan bedah siasat akan dilakukan di PPUM untuk mengetahui punca kematian, dan suspek pelajar lelaki tingkatan satu berusia 14 tahun telah ditahan.
  • Kejadian disedari seorang guru selepas mendengar jeritan mangsa sekitar jam 9.10 pagi, dan dua senjata tajam dipercayai digunakan telah dirampas.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, siasatan masih diteruskan dengan mengambil keterangan mangsa terlibat dan rakan-rakannya.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada tanda-tanda kejadian buli. Namun, kita akan teruskan siasatan sekiranya ada perkara baharu timbul.

“Pegawai penyiasat kini berada di sekolah dan saya belum dapat pastikan jumlah keterangan tambahan yang akan direkod,” katanya kepada media di hadapan sekolah berkenaan.

Buletin AWANI Khas: Perkembangan kes pelajar maut ditikam di sekolah

Menurutnya, bedah siasat mangsa akan dilaksanakan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mengetahui punca kematian.

Kejadian kira-kira jam 9.10 pagi itu berlaku di kawasan tandas pelajar perempuan sebelum disedari guru yang mendengar bunyi jeritan.

Polis yang dikejarkan ke lokasi telah menahan suspek iaitu seorang pelajar berusia 14 tahun.













#pelajar maut ditikam #Fadhlina Sidek #pelajar ditikam #Menteri Pendidikan Malaysia