MALAYSIA
[TERKINI] Pelajar tingkatan tiga maut ditikam: KPM tubuh jawatankuasa khas siasatan - Fadhlina
Fadhlina (foto) berkata, sebuah jawatankuasa khas sudah ditubuhkan bagi meneliti semua aspek berkaitan kes melibatkan seorang murid yang dilaporkan maut akibat insiden tikaman di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pada Selasa pagi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi meneliti semua aspek berkaitan kes seorang murid yang dilaporkan maut akibat insiden tikaman di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya di Selangor pada Selasa.
Dalam satu kenyataan, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pasukan kaunselor serta guru bimbingan dan kaunseling telah digerakkan ke sekolah terlibat untuk melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah.
Fadhlina turut menyatakan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
"Saya turut mendoakan agar keluarga mangsa diberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi situasi tragis itu.
Terdahulu, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga maut ditikam pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah dalam satu kejadian kira-kira jam 9.10 pagi tadi.
Setakat ini, polis sudah menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut, turut dirampas dua senjata tajam.
Suspek dipercayai akan direman esok (Rabu) di Mahkamah Petaling Jaya, Selangor di bawah Seksyen 303 Kanun Keseksaan.
Mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya,untuk proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.

[TERKINI] Pelajar perempuan Tingkatan 4 maut ditikam pelajar Tingkatan 2