MALAYSIA
[TERKINI] Pelajar tingkatan tiga maut ditikam: Polis siasat dakwaan motif berkait cinta ditolak
Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, dakwaan perkara itu tersebar di media sosial. - Gambar fail
PETALING JAYA: Dakwaan cinta ditolak antara sudut yang disiasat polis berhubung kes tikam pelajar perempuan berusia 16 tahun hingga maut di sebuah sekolah menengah di sini pada Selasa.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, dakwaan perkara itu tersebar di media sosial.
"Perkara itu turut berada dalam sudut siasatan pihaknya namun perlu diteliti lanjut.
“Proses siasatan masih lagi berjalan dan dilakukan secara menyeluruh. Namun apa sahaja maklumat perlu diteliti dahulu,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan polis merampas dua senjata tajam yang disyaki digunakan dalam kejadian pelajar perempuan tingkatan tiga yang maut ditikam di sebuah sekolah di Bandar Utama di sini.
Kejadian kira-kira jam 9.10 pagi itu berlaku di kawasan tandas pelajar perempuan sebelum disedari guru yang mendengar bunyi jeritan.
Polis yang dikejarkan ke lokasi telah menahan suspek iaitu seorang pelajar lelaki tingkatan satu berusia 14 tahun. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Polis menyiasat dakwaan cinta ditolak sebagai salah satu sudut dalam kes tikaman pelajar perempuan berusia 16 tahun di tandas sekolah menengah Bandar Utama, namun maklumat itu masih perlu diteliti secara menyeluruh.
- Ketua Polis Daerah Petaling Jaya memaklumkan siasatan sedang berjalan dan semua aspek termasuk motif kejadian sedang dikaji secara profesional.
- Suspek pelajar lelaki Tingkatan Satu berusia 14 tahun telah ditahan bersama dua senjata tajam yang dirampas di lokasi kejadian sekitar jam 9.10 pagi Selasa.