MALAYSIA
[TERKINI] Pelaksanaan e-invois ditangguh bagi pendapatan bawah RM5 juta - LHDN
Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan di bawah RM500,000 dikecualikan daripada pelaksanaan sistem e-Invois buat masa ini, demikian menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan di bawah RM500,000 dikecualikan daripada pelaksanaan sistem e-Invois buat masa ini, demikian menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
Ringkasan AI
Dalam kenyataan hari ini, LHDN turut memaklumkan pelaksanaan e-Invois bagi pembayar cukai berpendapatan antara RM1 juta hingga RM5 juta ditangguhkan kepada 1 Jan 2026, manakala kumpulan berpendapatan sehingga RM1 juta akan bermula pada 1 Julai 2026.
Menurut LHDN, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil maklum komitmen pembayar cukai, khususnya peniaga kategori perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang memerlukan masa bersedia selain berdepan pelbagai cabaran pelaksanaan.
Selaras dengan keputusan itu, fasa ketiga pelaksanaan akan bermula 1 Julai ini, melibatkan pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM5 juta hingga RM25 juta.
Fasa keempat dan kelima masing-masing membabitkan pendapatan melebihi RM1 juta hingga RM5 juta (bermula 1 Jan 2026), serta sehingga RM1 juta (bermula 1 Julai 2026).
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diumumkan sebelum ini turut diguna pakai dalam fasa baharu ini, membolehkan pembayar cukai mengeluarkan e-Invois secara disatukan bagi semua transaksi termasuk bil kendiri.
. Selain itu, sebarang maklumat boleh dimasukkan di medan "Keterangan Produk atau Perkhidmatan".
"Penjual juga dibenarkan mengeluarkan e-Invois disatukan sekiranya terdapat permintaan daripada pembeli, tanpa perlu mengeluarkan invois berasingan bagi setiap transaksi," jelas kenyataan itu.
LHDN turut memaklumkan bahawa tiada tindakan pendakwaan akan diambil mengikut Seksyen 120 Akta Cukai Pendapatan 1967 sepanjang tempoh kelonggaran dengan syarat pembayar cukai mematuhi keperluan e-Invois yang disatukan.
Bagaimanapun, bermula 1 Jan 2026, semua pembayar cukai yang terlibat wajib mengeluarkan e-Invois bagi setiap transaksi melebihi RM10,000 dan tidak lagi dibenarkan menggunakan invois disatukan.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Meja Bantuan e-Invois LHDN di talian 03-8682 8000, melalui MyInvois Live Chat, e-mel ke myinvois@hasil.gov.my atau mengisi Borang Maklum Balas Pelanggan MyInvois di pautan https://feedback.myinvois.hasil.gov.my.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pembayar cukai dengan pendapatan di bawah RM500,000 dikecualikan daripada e-Invois buat masa ini.
- Pelaksanaan e-Invois bagi pendapatan RM1 jutaRM5 juta ditangguh ke 1 Jan 2026; di bawah RM1 juta mula 1 Julai 2026.
- Tempoh kelonggaran enam bulan diberikan tanpa tindakan undang-undang jika patuh invois disatukan; e-Invois wajib penuh bermula 2026 untuk transaksi melebihi RM10,000.