[TERKINI] Penjawat awam Johor terima "durian runtuh" insentif dua bulan gaji
![[TERKINI] Penjawat awam Johor terima "durian runtuh" insentif dua bulan gaji [TERKINI] Penjawat awam Johor terima "durian runtuh" insentif dua bulan gaji](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-11/51763022048_tbOnnHafizGhazi.jpg)
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi membentangkan Belanjawan Johor 2026 di Bangunan Sultan Ismail Kota Iskandar, hari ini. - Foto Bernama
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mengumumkan pemberian insentif khas sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri sebagai tanda penghargaan atas usaha dan dedikasi yang dicurahkan golongan berkenaan.
Ringkasan AI
- Kerajaan Johor umumkan insentif khas dua bulan gaji kepada 140,185 penjawat awam Persekutuan di negeri itu, bernilai RM70.1 juta sebagai penghargaan kepada golongan berkenaan.
- Insentif RM1,000 diberikan kepada pengamal media berdaftar dengan Kelab Media Johor (KMJ) melalui inisiatif Bantuan Kasih Johor (BKJ) dengan peruntukan RM200,000.
- Tindakan memberi insentif oleh kerajaan negeri dianggap memperkukuh hubungan komunikasi antara rakyat, pentadbiran kerajaan, dan komuniti media di Johor.
Beliau berkata insentif tersebut secara keseluruhan akan disalurkan pada Disember depan.
Onn Hafiz berkata pengamal media yang berdaftar dengan Kelab Media Johor (KMJ) pula akan menerima RM1,000 seorang menerusi inisiatif Bantuan Kasih Johor (BKJ) dengan peruntukan RM200,000.
"Ia akan disalurkan melalui dua fasa pembayaran iaitu pada Disember depan dan Februari 2026," katanya.
Sementara itu, Presiden KMJ Mohamad Fauzi Ishak dalam kenyataan berkata insentif khas itu menjadikan Johor sebagai negeri pertama yang mengumumkan peruntukan kepada pengamal media dalam pembentangan belanjawan negeri.
Beliau berkata ia sekali gus mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap peranan media dalam menyampaikan maklumat yang tepat mengenai isu semasa serta pembangunan, selain memperkukuh hubungan komunikasi antara rakyat dan pentadbiran kerajaan negeri.
"KMJ amat menghargai pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan negeri terhadap pengamal media yang sentiasa komited melaksanakan tanggungjawab menyebar maklumat sahih dan beretika," katanya.
Beliau yang juga Presiden Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) berkata insentif itu bukan sahaja menyuntik semangat kepada rakan media untuk terus menyalurkan berita berkaitan negeri malah mencerminkan hubungan erat antara kerajaan negeri dan komuniti media di Johor.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


