MALAYSIA
[TERKINI] PM Anwar sambut baik pelantikan semula tiga ahli Dewan Negara
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Datuk Mohd Na'im Mokhtar dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara.
KUALA LUMPUR : Pelantikan semula Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Datuk Mohd Na’im Mokhtar sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua yang berkuat kuasa hari ini disambut baik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
Dalam satu kenyataan, Anwar memaklumkan bahawa pelantikan semula itu membolehkan ketiga-tiga tokoh berkenaan meneruskan peranan penting mereka dalam agenda pentadbiran kerajaan.
“Pelantikan ini membolehkan mereka meneruskan tugasan mustahak demi kesinambungan dasar, tatakelola dan agenda reformasi negara selaras dengan gagasan Malaysia MADANI.
“YAB Perdana Menteri juga akan memutuskan senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan MADANI kelak, selepas proses pertimbangan yang cermat, berhemah dan benar-benar berlandaskan kepentingan rakyat serta hala tuju reformasi negara,” menurut kenyataan itu lagi.
Pelantikan semula tiga senator tersebut dijangka memberi kesinambungan kepada agenda reformasi serta memperkukuh dasar-dasar pentadbiran Kerajaan MADANI.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pelantikan semula Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, dan Datuk Mohd Na'im Mokhtar sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua.
- Pelantikan semula ini membolehkan ketiga-tiga tokoh tersebut meneruskan peranan penting dalam agenda pentadbiran kerajaan serta agenda reformasi negara selaras dengan gagasan Malaysia MADANI.
- Kesinambungan pelantikan tiga senator tersebut dijangka memperkukuh dasar-dasar pentadbiran Kerajaan MADANI dan memberi impak positif terhadap agenda reformasi.
Dalam satu kenyataan, Anwar memaklumkan bahawa pelantikan semula itu membolehkan ketiga-tiga tokoh berkenaan meneruskan peranan penting mereka dalam agenda pentadbiran kerajaan.
“Pelantikan ini membolehkan mereka meneruskan tugasan mustahak demi kesinambungan dasar, tatakelola dan agenda reformasi negara selaras dengan gagasan Malaysia MADANI.
“YAB Perdana Menteri juga akan memutuskan senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan MADANI kelak, selepas proses pertimbangan yang cermat, berhemah dan benar-benar berlandaskan kepentingan rakyat serta hala tuju reformasi negara,” menurut kenyataan itu lagi.
Pelantikan semula tiga senator tersebut dijangka memberi kesinambungan kepada agenda reformasi serta memperkukuh dasar-dasar pentadbiran Kerajaan MADANI.
#Zambry Abdul Kadir
#Saifuddin Nasution
#Anwar Ibrahim
#Kerajaan Madani
#Ahli Dewan Negara
#terkini
#Mohd Na'im Mokhtar