[TERKINI] Senarai Lengkap Kabinet Baharu MADANI – Siapa Pegang Portfolio Utama?
MALAYSIA

[TERKINI] PM Anwar umum rombakan kabinet Kerajaan MADANI 3.30 petang ini

Firdaus Azil 16/12/2025 | 06:50 MYT
Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengumumkan berkenaan Kabinet Kerajaan MADANI pada 3.30 petang ini secara langsung di pelbagai platform termasuk televisyen dan media sosial. -Gambar Facebook
KUALA LUMPUR: Spekulasi tentang perubahan besar-besaran struktur Kabinet sah akan terjawab pada jam 3.30 petang ini.


Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengumumkan berkenaan Kabinet Kerajaan MADANI pada 3.30 petang ini secara langsung di pelbagai platform termasuk televisyen dan media sosial.
  • Kekosongan empat portfolio menteri dalam Kabinet MADANI perlu diisi, termasuk jawatan Menteri Ekonomi, Sumber Asli, Pembangunan Usahawan, dan Pelaburan yang kini kosong.
  • Fokus Kabinet MADANI adalah memperkukuh tadbir urus dan pelaksanaan dasar untuk kesejahteraan rakyat dan negara, tanpa merancang rombakan besar dalam masa terdekat.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan mengesahkan beliau akan membuat pengumuman khas berkaitan Kabinet Kerajaan MADANI.

Beliau menegaskan bahawa rombakan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI untuk memperkukuh tadbir urus yang telus dan berintegriti.

“Keutamaan kami adalah memastikan setiap dasar yang digubal bukan sahaja berkesan, tetapi mampu memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,” katanya.


Kenyataan itu turut menegaskan komitmen kerajaan terhadap aspirasi #MalaysiaMADANI, dengan jentera pentadbiran bekerja untuk rakyat demi membina negara yang inklusif, progresif dan berdaya tahan.

TONTON SIDANG MEDIA KHAS DI PLATFORM DIGITAL

Awal hari ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur, dengan agenda perbincangan antaranya ialah mengenai senarai rombakan kabinet.

Rombakan itu diadakan susulan kekosongan empat portfolio utama dalam Kabinet MADANI sejak pertengahan tahun ini.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Rafizi Ramli meletakkan jawatan pada Jun 2025 selepas kalah dalam pemilihan parti, dengan alasan tidak lagi mempunyai mandat parti untuk meneruskan agenda reformasi.

Selain itu, Datuk Nik Nazmi Nik Ahmad turut berundur sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar selepas gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR, dengan peletakan jawatan berkuat kuasa Julai 2025.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick pula meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada November 2025 kerana tidak bersetuju dengan pendirian kerajaan berhubung tuntutan Sabah terhadap 40 peratus hasil persekutuan.

Manakala, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz meninggalkan MITI pada 2 Disember 2025 selepas tamat tempoh sebagai Senator, sekali gus mengosongkan kuota UMNO dalam portfolio ekonomi utama.











Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah pengumuman khas yang akan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim?
    A: Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan membuat pengumuman khas berkaitan Kabinet Kerajaan MADANI.
  • Q: Berapakah jumlah kekosongan portfolio menteri dalam Kabinet Kerajaan MADANI?
    A: Kabinet Kerajaan MADANI kini menyaksikan empat kekosongan portfolio menteri.
  • Q: Mengapa terdapat kekosongan portfolio menteri dalam Kabinet Kerajaan MADANI?
    A: Terdapat kekosongan portfolio menteri disebabkan oleh beberapa peletakan jawatan oleh Menteri-Menteri terdahulu.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri berkaitan dengan kekosongan portfolio menteri?
    A: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak merancang rombakan besar dalam masa terdekat untuk mengisi kekosongan portfolio menteri.
  • Q: Apakah tumpuan utama Kerajaan MADANI dalam memperkukuh tadbir urus negara?
    A: Kerajaan MADANI memberikan keutamaan untuk memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar demi kesejahteraan rakyat dan negara.



#Anwar Ibrahim #Kabinet Kerajaan MADANI #Ewon Benedick #Nik Nazmi #Rafizi Ramli #Yang di-Pertuan Agong