MALAYSIA
[TERKINI] PRN Sabah: 1,031 pegawai, anggota polis Sarawak ditugaskan
Mohamad Zainal berucap pada Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di IPK Sarawak, Kuching, hari ini. -- fotoBERNAMA
KUCHING: Sebanyak kira-kira 1,031 pegawai dan anggota polis Sarawak akan digerakkan ke Sabah bagi membantu kelancaran Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang dijadual berlangsung pada Jumaat ini.
Ringkasan AI
Ketua Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata kira-kira 200 anggota berkenaan sudah pun berada di Sabah manakala selebihnya dijadualkan berlepas esok menggunakan penerbangan komersial.
Beliau berkata langkah itu penting untuk memastikan perjalanan proses pilihan raya berjalan lancar, teratur dan selamat.
"Kita komited memastikan segala persiapan berada pada tahap terbaik dan pasukan juga sudah bersedia untuk membantu dari segi kawalan keselamatan dan pergerakan orang ramai," katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di sini hari ini.
PRN Sabah dijangka melibatkan pelbagai agensi bagi memastikan operasi logistik, keselamatan, dan pengurusan pusat mengundi dapat dijalankan dengan efisien.
Pilihan raya negeri kali ini menyaksikan 596 calon bertanding untuk merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Tempoh berkempen bermula dari 15 Nov lepas akan berakhir pada 11.59 malam Jumaat ini. Pengundian awal diadakan semalam manakala hari mengundi pada Sabtu ini.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- 1,031 pegawai dan anggota polis Sarawak akan digerakkan ke Sabah bagi membantu kelancaran Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang berlangsung pada Jumaat ini.
- Ketua Pesuruhjaya Polis Sarawak menegaskan kepentingan langkah tersebut dalam memastikan keselamatan dan ketertiban proses pilihan raya.
- PRN Sabah melibatkan 596 calon yang bersaing untuk 73 kerusi DUN; pengundian awal telah berlangsung dan hari mengundi dijadualkan pada Sabtu ini.