MALAYSIA
[TERKINI] PRN Sabah: 40 peratus hasil Sabah: Armizan optimis Kerajaan Negeri dapat lebih banyak daripada kadar interim
Armizan (tengah) menjelaskan, rundingan kini dijalankan melalui platform khusus, yang membolehkan isu 40 peratus difokuskan secara mendalam. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Datuk Armizan Mohd Ali optimis bahawa isu pelaksanaan hak 40 peratus hasil Sabah dapat diselesaikan dalam tempoh, seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu selama 180 hari untuk mencapai persetujuan antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan.
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, keyakinan tersebut berpaksikan kepada komitmen Kerajaan Persekutuan di bawah Kerajaan Madani, termasuk tidak merayu berkaitan pelaksanaan hak 40 peratus.
Malah, beliau yakin bahawa Kerajaan Negeri akan mendapat jumlah pemberian khas yang jauh lebih besar berbanding kadar interim sebanyak RM600 juta, yang diterima ketika ini.
"Saya optimis kita akan dapat banyak, bukannya seperti kadar interim. Kita perlu bersikap adil kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Di bawah pentadbiran beliau sahaja naik daripada RM26 juta kepada RM125 juta.. terus naik kepada RM300 juta dan selepas dua tahun ia naik kepada RM600 juta.
"Kita optimis dengan komitmen yang beliau bagi, kita akan dapat tetapi paling penting ialah perlu ada kesatuan dalam kalangan kita untuk menguatkuasakan 'bargaining power' dan kita perlu ada kekuatan.
"Kita mempunyai rekod prestasi, ketegasan dan strategi dalam menuntut hak kita. Kita tidak menggunakan pendekatan konfrontasi, yang akhirnya tidak menyelesaikan masalah," katanya dalam sidang media semasa Majlis Pengumuman Manifesto GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Isnin.
Menurut Armizan, perubahan pendirian Kerajaan Persekutuan berbeza berbanding pentadbiran-pentadbiran sebelum ini yang pernah menyatakan bahawa pelaksanaan hak tersebut telah terhenti berkuat kuasa, menyebabkan tiada semakan dilakukan sebelum ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu menambah, rundingan kini dijalankan melalui platform khusus, yang membolehkan isu 40 peratus difokuskan secara mendalam.
"Kita mahu platform khusus ini diteruskan. Untuk apa? Bukan hanya selesaikan isu sekarang, tetapi untuk semakan setiap lima tahun," ujar Menteri Kabinet Persekutuan itu lagi.
Pada 17 Oktober lepas, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa Perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil bersih Persekutuan di negeri ini hampir empat dekad.
Mahkamah turut mengarahkan semakan dibuat dalam tempoh 90 hari, manakala persetujuan bersama antara kedua-dua kerajaan perlu dicapai dalam tempoh 180 hari daripada tarikh perintah dikeluarkan berhubung tuntutan pemberian khas 40 peratus hak Sabah bagi tempoh 1974 hingga 2021.
Susulan itu, sebuah jawatankuasa khas melibatkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ditubuhkan bagi membincangkan mekanisme pelaksanaan tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Pemberian Khas Peringkat Pegawai antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah diadakan pada Isnin.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dalam kenyataan bersama berkata kajian semula Pemberian Khas akan dibuat berdasarkan formula 40 peratus hasil bersih Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini