awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Banyak penjuru, penjumlahan undi ambil masa - SPR

Khalis Khadir
Khalis Khadir
29/11/2025
15:00 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Banyak penjuru, penjumlahan undi ambil masa - SPR
Ramlan berkata, faktor muka bumi dan logistik di beberapa kawasan pedalaman turut menjadi cabaran untuk membawa peti undi ke pusat penjumlahan rasmi undi. - Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Proses penjumlahan undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan mengambil masa lebih panjang susulan persaingan banyak penjuru di beberapa kawasan.

Ringkasan AI
  • Proses penjumlahan undi PRN Sabah ke-17 mengambil masa lebih panjang akibat persaingan sengit di beberapa kawasan, disebabkan oleh cabaran muka bumi dan logistik di kawasan pedalaman.
  • Hanya dua keputusan rasmi telah diumumkan, dengan GRS menang di Karanaan dan Pakatan Harapan di Melalap, sementara SPR masih menanti keputusan bagi 71 Bahagian Pilihan Raya Negeri di Sabah.
  • SPR memberi jaminan bahawa proses penjumlahan undi akan dijalankan dengan telus, cekap, dan selaras dengan undang-undang, serta akan mengumumkan perkembangan keputusan dari semasa ke semasa.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, faktor muka bumi dan logistik di beberapa kawasan pedalaman turut menjadi cabaran untuk membawa peti undi ke pusat penjumlahan rasmi undi.
Beliau menjelaskan, setakat jam 10.10 malam ini, hanya dua keputusan rasmi dapat diumumkan melibatkan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Karanaan dan Pakatan Harapan di Melalap.
“SPR sedang menunggu keputusan-keputusan yang akan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) bagi 71 Bahagian Pilihan Raya Negeri di seluruh Sabah.
“SPR memberi jaminan untuk mengendalikan proses penjumlahan rasmi undi ini berjalan dengan telus, cekap dan mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Ramlan turut memaklumkan, SPR akan mengumumkan perkembangan keputusan dari masa ke masa.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Pakatan Harapan
#PRN Sabah
#peti undi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan