Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

[TERKINI] PRN Sabah: Hubungan Sabah-Putrajaya perlu bijaksana, bukan tegang - Hajiji

FMT Reporters 18/11/2025 | 13:00 MYT
Hajiji menegaskan hubungan Sabah-Putrajaya perlu dibina atas kebijaksanaan, bukan ketegangan, sambil memuji pendekatan responsif Anwar terhadap keperluan Sabah. - Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Konflik yang berlarutan antara Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan, tidak akan membawa kebaikan, sebaliknya hanya membawa kerugian kepada rakyat.


Ringkasan AI
  • Konflik antara Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan membawa kerugian kepada rakyat wilayah tersebut.
  • Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menegaskan pentingnya menuntut hak mengikut saluran yang berhemah tanpa merosakkan hubungan dengan kerajaan persekutuan.
  • Hajiji memuji responsifnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keperluan Sabah, menyifatkan beliau sebagai pemimpin yang prihatin terhadap kesejahteraan negeri tersebut.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Memetik wawancara khas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bersama portal FMT, beliau berkata, sejarah jelas membuktikan bagaimana pendekatan ‘bermusuhan’ dengan Putrajaya akhirnya membawa kepada pembangunan yang tergendala dan rundingan yang tidak ke mana.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah itu berkata, Sabah memang mempunyai hak untuk menuntut pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963, tetapi beliau berpandangan tidak ada salahnya jika tuntutan itu dilakukan mengikut saluran yang berhemah

“Jangan kerana kita menuntut sesuatu, kita renggangkan, keruhkan hubungan kita dengan Kerajaan Persekutuan. Bagi saya itu tidak boleh. Kita mesti menjaga negara kita. Negara kita ialah negara Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai lebih responsif terhadap keperluan Sabah.

Katanya lagi, sepanjang pentadbiran GRS, Anwar mengambil pendekatan untuk memberi semula perhatian terhadap permohonan negeri yang telah terhenti sebelumnya.

Hajiji turut menzahirkan keyakinan bahawa Anwar akan terus dikenang oleh rakyat negeri sebagai Perdana Menteri yang paling prihatin terhadap kesejahteraan Sabah.



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah pandangan Ketua Menteri Sabah mengenai konflik antara Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan?
    A: Ketua Menteri Sabah berpendapat bahawa konflik berlarutan antara Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan hanya akan membawa kerugian kepada rakyat di wilayah.
  • Q: Mengapakah Ketua Menteri Sabah menekankan perlunya menuntut pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963?
    A: Ketua Menteri Sabah menyatakan bahawa Sabah mempunyai hak untuk menuntut pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963, tetapi beliau menekankan pentingnya melakukannya melalui saluran yang berhemah tanpa merosakkan hubungan dengan kerajaan persekutuan.
  • Q: Siapakah yang disifatkan oleh Ketua Menteri Sabah sebagai lebih responsif terhadap keperluan Sabah?
    A: Ketua Menteri Sabah menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai lebih responsif terhadap keperluan Sabah, dengan mengambil pendekatan untuk memberi perhatian terhadap permohonan negeri yang terhenti sebelumnya.



#Perjanjian Malaysia 1963 #membawa kerugian #lebih responsif #paling prihatin