[INFO BANJIR] Dapatkan info terkini cuaca dan banjir seluruh negara
MALAYSIA

[TERKINI] PRN Sabah: Hujan dijangka landa kebanyakan kawasan pada hari pengundian esok

Astro Awani 28/11/2025 | 07:15 MYT
MetMalaysia memaklumkam, hujan dijangka berlaku seawal pagi dan berterusan sehingga petang di beberapa daerah utama.
KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca tidak menentu dengan hujan di kebanyakan kawasan di Sabah pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 esok.


Ringkasan AI
  • Cuaca tidak menentu di Sabah diramal pada hari mengundi PRN Sabah ke-17 esok, dengan hujan di kebanyakan kawasan seperti Kudat, Kota Kinabalu, dan Lahad Datu.
  • Kawasan pedalaman dan pantai timur Sabah turut terjejas, seperti Ranau, Sandakan, dan Tawau yang dijangka hujan sehingga petang.
  • Orang ramai, termasuk pengundi, dinasihatkan untuk merancang pergerakan lebih awal dan berhati-hati di jalan raya disebabkan kemungkinan jalan licin, banjir kilat, serta ribut petir.


MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkam, hujan dijangka berlaku seawal pagi dan berterusan sehingga petang di beberapa daerah utama antaranya Kudat, Pitas, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Putatan, Penampang dan Papar.

Keadaan sama turut diramal melibatkan kawasan pedalaman dan pantai timur seperti Ranau, Telupid, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Tawau, Kalabakan, Keningau, Beaufort, Tenom serta Sipitang.

Sementara itu, beberapa daerah seperti Tongod, Nabawan dan Paitan diramal mengalami cuaca cerah pada waktu pagi, namun berpotensi ribut petir dan hujan lebat pada sebelah petang.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai, khususnya pengundi, supaya merancang pergerakan lebih awal, berhati-hati di jalan raya dan peka terhadap kemungkinan jalan licin, banjir kilat serta ribut petir.

Ramalan cuaca itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi MetMalaysia.

#Sabah #PRN Sabah 2025 #banjir 2025 #Amaran Cuaca