MALAYSIA
[TERKINI] PRN Sabah: Kakak nasi lemak tinggal di garaj kereja, 'setia' menanti sebuah rumah
Tujuh bulan selepas tragedi, Setia masih bergelut dengan nasibnya, terpaksa berlindung di sebuah garaj kereta yang diubah suai sebagai tempat tinggal sementara. - Foto Astro AWANI
KOTA BELUD: Astro AWANI sebelum ini menyiarkan kisah Setia Mutaib, peniaga nasi lemak dari Kampung Bobot, Tempasuk, Kota Belud, yang menjadi antara tarikan utama pelancong dan penduduk setempat.
Namun di sebalik kisah inspirasinya itu, tersimpan sebuah ‘luka lama’ yang masih dipendam.
Berkongsi kepada Astro AWANI, Setia berkata kejadian kebakaran pada 28 April 2025 masih segar dalam ingatannya, seakan-akan baru berlaku di depan mata.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu, rumah pusaka peninggalan ibu bapanya musnah sekelip mata dijilat api.
Tujuh bulan selepas tragedi itu, Setia masih bergelut dengan nasibnya, terpaksa berlindung di sebuah garaj kereta yang diubah suai sebagai tempat tinggal sementara.
"Kebetulan ada sebuah garaj kereta, dan Datuk Arsad Bistari (penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Tempasuk) membantu membina tempat tinggal sementara.
"Tetapi garaj ini tidak kukuh… bila angin kuat, saya rasa tidak selamat. Bila hujan pula, air masuk dalam rumah," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Mengimbau kejadian tersebut, Setia berkata ketika itu beliau dan beberapa pekerja sedang memasak untuk berniaga.
Salah seorang pekerja kemudian menyedari api mula marak di tingkat atas, dipercayai akibat litar pintas.
Menurut Setia, kebakaran berlaku terlalu cepat sehingga mereka tidak sempat menyelamatkan apa-apa, dan terpaksa keluar sehelai sepinggang.
Sebagai ibu tunggal, Setia tetap memikul amanat arwah ibunya untuk menjaga kakak dan abangnya yang sudah warga emas.
Di balik abu dan sisa runtuhan rumah yang pernah menaungi keluarganya, Setia terus memanjatkan doa agar sebuah kediaman yang selamat dan kekal dapat didirikan.
"Saya mohon pihak berkaitan membantu mendapatkan sebuah rumah. Saya memang tidak mampu membinanya walaupun berniaga.
"Saya ada tanggungjawab menjaga kakak dan abang," luahnya.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini