MALAYSIA
[TERKINI] PRN Sabah: ‘Kita bukan nak rebut jadi Ketua Menteri’ - PM Anwar
Anwar ketika berucap pada Program Grand Finale Pakatan Harapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api, malam ini. - Gambar Astro AWANI
KOTA KINABALU: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, penyertaan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bukan untuk merebut kuasa atau menjadi Ketua Menteri.
Ringkasan AI
Sebaliknya, Perdana Menteri berkata Kerajaan Persekutuan mahu memberi tumpuan kepada kerjasama erat bagi memastikan pembangunan negeri terus diperkukuh.
“Politik mesti stabil… Kita tiada masa untuk nak kerah polisi… Fasal kecerdasan buatan (AI), digital… Malaysia antara negara yang maju ke depan.
“Kita tak mahu digital hanya untuk orang kaya. Persekutuan dan negeri mesti mempunyai hubungan yang baik,” katanya ketika berucap pada Program Grand Finale Pakatan Harapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api, di sini malam ini.
Anwar berkata Kerajaan Persekutuan juga memberi perhatian serius terhadap permintaan Sabah termasuk pengambilalihan semula kuasa bekalan elektrik.
“Sabah minta balik (kawal selia) bekalan elektrik, okay kita bagi.
“Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kamu perintah berapa lama? Siapa buat? Kerajaan Madani yang laksanakan,” jelasnya.
Dalam masa sama, Menteri Kewangan itu berkata, sejumlah peruntukan besar telah disalurkan bagi membangunkan infrastruktur tenaga termasuk pemasangan kabel dasar laut.
Mengenai isu pembangunan jalan raya pula, Anwar berkata kerjasama rapat dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dapat memastikan projek dilaksanakan dengan telus.
Dalam pada itu, beliau turut mengulangi komitmen 40 peratus hasil cukai dikembalikan kepada Sabah seperti dibangkitkan di Parlimen.
Anwar juga menegaskan kekuatan Malaysia terletak pada kemajmukan rakyatnya, dan kesatuan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November ini sebagai hari mengundi.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Anwar Ibrahim menegaskan bahawa penyertaan Pakatan Harapan dalam PRN Sabah bukan untuk merebut kuasa tetapi untuk memperkukuh pembangunan negeri.
- Perdana Menteri menekankan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Sabah, serta memberi perhatian serius terhadap isu seperti pengambilalihan semula bekalan elektrik.
- Anwar menegaskan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan infrastruktur tenaga dan memastikan projek-projek pembangunan dilaksanakan dengan telus di bawah kerjasama dengan Ketua Menteri Sabah.