MALAYSIA
[TERKINI] PRN Sabah: Pengguna rayu jeti dinaik taraf demi keselamatan, keselesaan
Jeti berkenaan menjadi laluan utama penduduk dari pulau-pulau berhampiran serta warga tempatan yang bergantung sepenuhnya kepada kemudahan tersebut untuk urusan harian. - Foto Astro AWANI
SANDAKAN: Keadaan jeti berhampiran Pasar Umum Sandakan di pekan kecil ini terus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna berikutan permukaan laluan yang licin dan ketiadaan susur tangan selain ruang berlabuh yang tidak sempurna.
Ringkasan AI
Situasi itu menyukarkan pergerakan harian orang ramai, terutama ketika hujan dan ombak besar, sekali gus membahayakan keselamatan mereka.
Tinjauan Astro AWANI mendapati jeti berkenaan menjadi laluan utama penduduk dari pulau-pulau berhampiran serta warga tempatan yang bergantung sepenuhnya kepada kemudahan itu untuk urusan harian.
Selain berfungsi sebagai tempat menunggu bot bagi penduduk tempatan, ia turut digunakan oleh nelayan dan peraih ikan membawa hasil laut ke darat.
Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Batu, Darwis Paddu mengakui keadaan jeti yang mempunyai permukaan licin akibat lumut sering mengundang risiko tergelincir.
“Selepas hujan, lantai berlumut menjadi sangat licin. Saya sendiri pernah tergelincir ketika turun di jeti ini,” katanya.
KENALI HERO SABAH ANDA DI SINI MAIN SEKARANG!
Mashella Mazinal, guru di Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru Comprehensive 9, berkata keadaan lebih berbahaya tatkala ombak besar melanda.
“Kadang-kadang, bot tidak dapat berlabuh di sini, jadi kami diturunkan di bahagian belakang jeti yang daif keadannya. Memang bahaya terutama waktu pagi ketika mahu ke sekolah,” ujarnya.
Bakir Madin berkata, kebergantungan kepada tongkat menyukarkan pergerakan di jeti berkenaan atas faktor usia.
LAPORAN KOMPREHENSIF, CALON TUMPUAN DAN PERKEMBANGAN TERKINI PRN SABAH
“Tangga yang ada sekarang pemegangnya tidak berfungsi. Kalau air surut, licin. Saya pakai tongkat, susah mahu turun naik. Jeti ini penuh orang, jadi kena ubah suai,” katanya.
Seorang penduduk lain, Hureidah Tahiruddin mendakwa pernah menyaksikan warga emas terjatuh akibat keadaan jeti yang tidak selamat, malah dia sendiri pernah berdepan insiden sama.
“Makcik pernah jatuh terduduk dalam perahu selepas pulang membeli barang. Pernah juga lihat orang tua jatuh, umur 70 lebih, terus terduduk macam mahu pengsan. Kalau boleh kerajaan buatlah jeti baharu,” katanya.
Penduduk berharap tindakan segera diambil bagi membina jeti baharu atau melaksanakan kerja naik taraf demi keselamatan dan kebajikan ribuan komuniti setempat yang bergantung kepada kemudahan itu setiap hari.
Mereka menegaskan jeti yang lebih selamat bukan sahaja penting untuk pengguna harian, malah memberi imej baik kepada pelancong yang berkunjung ke Sandakan.
Nota: Astro AWANI sedang mendapatkan reaksi dari pihak berwajib berhubung perkara ini.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Keadaan jeti berhampiran Pasar Umum Sandakan menimbulkan kebimbangan pengguna disebabkan permukaan licin, ketiadaan susur tangan, dan ruang berlabuh yang tidak memuaskan.
- Jeti tersebut merupakan laluan utama penduduk setempat dan warga tempatan, digunakan untuk menunggu bot, nelayan membawa hasil laut, dan peraih.
- Kondisi jeti yang tidak selamat menyebabkan risiko kecederaan, keselamatan terancam, dan warga emas turut terkesan, memerlukan tindakan segera kerajaan untuk pembinaan jeti baharu demi kebajikan komuniti setempat.