MALAYSIA
[TERKINI] PRN Sabah: Penyokong Warisan curi tumpuan, nyanyi lagu roti Gardenia di Putatan
Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan penyokong Warisan menyanyikan lagu iklan tersebut sambil mengibarkan bendera parti dan melaungkan slogan sokongan kepada calon mereka. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA KINABALU: Gelagat penyokong Parti Warisan yang menyanyikan lagu iklan popular roti Gardenia mencuri perhatian di pekarangan Dewan Sri Putatan, semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini.
Ringkasan AI
Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan penyokong Warisan menyanyikan lagu iklan tersebut sambil mengibarkan bendera parti dan melaungkan slogan sokongan kepada calon mereka.
Isu 'roti Gardenia' tercetus susulan kenyataan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria, yang seolah-olah menggambarkan kempen PRN Sabah semudah memberi roti Gardenia.
Kenyataan itu mengundang reaksi pelbagai pihak yang menganggap ucapan Mansor sebagai penghinaan kepada rakyat Sabah.
Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada kebiasaan ramai rakyat Sabah dan Sarawak yang berkunjung ke Semenanjung, yang menjadikan roti Gardenia sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.
Susulan kontroversi itu, Mansor kemudian membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan itu.
Sementara itu, proses penamaan calon PRN Sabah berlangsung hari ini melibatkan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri, dengan parti-parti utama termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pakatan Harapan (PH), dan Warisan bersaing sengit untuk meraih mandat rakyat.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Penyokong Parti Warisan menyanyikan lagu iklan roti Gardenia semasa proses penamaan calon PRN Sabah, mencuri perhatian di Dewan Sri Putatan.
- Video tular menunjukkan penyokong Warisan menyanyikan lagu tersebut sambil menyokong calon mereka, menimbulkan kontroversi.
- Isu 'roti Gardenia' timbul susulan kenyataan Mansor Zakaria yang dianggap menghina rakyat Sabah; Mansor kemudian memohon maaf dan menarik balik kenyataannya.