awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Semua pusat mengundi ditutup secara rasmi jam 5.30 petang

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
29/11/2025
09:32 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Semua pusat mengundi ditutup secara rasmi jam 5.30 petang
Kesemua pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, ditutup secara rasmi tepat jam 5.30 petang. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Kesemua pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, ditutup secara rasmi tepat jam 5.30 petang.

Ringkasan AI
  • Pusat mengundi bagi PRN Sabah ke-17 tutup jam 5.30 petang, melibatkan 797 pusat dari jumlah keseluruhan 882 yang dibuka sejak jam 7.30 pagi.
  • SPR menggunakan helikopter bawa kertas undi dari 85 pusat terpencil untuk mengelakkan kelewatan; proses pengundian berlangsung di 3,558 saluran antara 12 tengah hari hingga 5.30 petang.
  • SPR jangka keputusan PRN Sabah ke-17 akan diketahui pada jam 12 tengah malam, dengan 25 pegawai pengurus dan 196 penolong dilantik untuk memastikan kelancaran proses pengundian selain 12,000 anggota polis turut ditugaskan untuk keperluan keselamatan.

Ia melibatkan 797 pusat pengundian daripada keseluruhan 882 yang dibuka tepat pada jam 7.30 pagi tadi.
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun, memaklumkan bahawa pihaknya telah membawa keluar kertas undi dari 85 pusat mengundi di kawasan terpencil, termasuk pulau-pulau, menggunakan helikopter bagi mengelakkan sebarang kelewatan.
Terdahulu, proses pengundian berlangsung di 3,558 saluran mengundi dan akan ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 5.30 petang.
Ia sekali gus membolehkan pengundi berdaftar memilih 73 wakil rakyat yang diyakini mampu membawa pembangunan di kawasan masing-masing.
SPR telah melantik 25 pegawai pengurus pilihan raya bersama 196 penolong mereka bagi memastikan kelancaran proses hari ini, dengan peruntukan PRN dianggarkan sebanyak RM116.8 juta.
Lebih 12,000 anggota polis turut ditugaskan bagi menjamin keselamatan dan kelancaran proses pengundian.
Pada masa sama, SPR menjangkakan keputusan penuh PRN Sabah Ke-17 diketahui pada jam 12 tengah malam ini manakala keputusan awal boleh diterima pada jam 10 malam.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#pilihan raya negeri
#pusat mengundi ditutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan