MALAYSIA

[TERKINI] Projek kecil perlu dilaksanakan segera, kenal pasti selewat Februari - PM Anwar

Umavathi Ramayah 05/01/2026 | 05:16 MYT
Anwar berucap pada Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi Januari dan Amanat Tahun 2026, di sini, pada Isnin. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian memastikan pelaksanaan projek-projek kecil disegerakan, dengan senarai projek dikenal pasti selewat-lewatnya pada awal Februari ini bagi membolehkan tindakan pantas di peringkat pelaksanaan.

Antara projek perlu diberi keutamaan termasuk penyelenggaraan jalan desa, pembaikan kuarters dan klinik daif, selain kemudahan asas lain yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.

"Bagi mempercepatkan pelaksanaan, kerajaan membenarkan kaedah lantikan terus bagi projek bernilai sehingga RM200,000, manakala kaedah sebut harga dibenarkan bagi projek bernilai sehingga RM1 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi Januari dan Amanat Tahun 2026, di sini, pada Isnin.

Selain itu, projek berkaitan sekolah daif dibenarkan dilaksanakan menerusi tender terbuka secara pra-kelayakan, selaras keperluan memastikan kualiti dan ketelusan pelaksanaan.

Menurutnya, projek-projek lain seperti tebatan banjir serta pembangunan perumahan awam dan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan diteruskan mengikut perancangan sedia ada, namun penekanan utama ketika ini adalah kepada projek-projek kecil yang perlu diselenggara dan dilaksanakan dengan segera.





#pelaksanaan projek kecil #Perdana Menteri #penyelenggaraan jalan desa #Anwar Ibrahim #kesejahteraan rakyat #terkini