NATIONAL
[TERKINI] Rafizi umum letak jawatan daripada Kabinet berkuat kuasa 17 Jun
Rafizi berkata beliau akan menghabiskan baki cuti tahunannya bermula hari ini sehingga 16 Jun 2025. - Sumber foto FB Rafizi Ramli
KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli hari ini mengumumkan meletak jawatan Kabinet berkuat kuasa 17 Jun 2025.
Ringkasan AI
Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau akan menghabiskan baki cuti tahunannya bermula hari ini sehingga 16 Jun 2025.
"Saya telah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri," katanya.
Spekulasi mengenai peletakan jawatan Rafizi berlegar selepas sejak Pemilihan PKR 2025 yang berlangsung pada 23 Mei lalu, di mana beliau gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden parti itu.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kekalahannya dalam Pemilihan PKR bermakna beliau tidak lagi mempunyai mandat daripada parti untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.
"Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baharu yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat. Kekalahan saya dalam pemilihan PKR baru-baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.
"Seperti mana amalan di negara-negara yang menitikberat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam kerajaan," katanya.
Beliau dalam pada itu, mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan kakitangan Kementerian Ekonomi yang telah memberi dukungan penuh kepadanya sepanjang menjawat jawatan Menteri Ekonomi.
"Saya telah melihat sendiri kecekapan dan kemampuan sebahagian besar penjawat awam di sini, yang berupaya merangka dasar dan disusuli dengan kerangka program yang berkesan.
"Saya yakin program-program untuk membaiki struktur ekonomi negara yang telah dipelopori oleh Kementerian Ekonomi akan terus dilaksanakan dengan jaya oleh penjawat-penjawat awam," katanya.
Beliau berkata, amanah terakhir sebagai Menteri Ekonomi telah disempurnakan dengan penghasilan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang telah dimuktamadkan dan menunggu untuk dibentangkan di Parlimen dalam sidang yang seterusnya.
"RMK13 telah digubal untuk memberi penekanan kepada reformasi pendidikan yang lebih menyeluruh, termasuk beberapa reformasi struktur yang melibatkan Kementerian Pendidikan.
"Saya berharap Jemaah Menteri tetap mengekalkan beberapa reformasi berani yang melibatkan Kementerian Pendidikan di dalam RMK13, walaupun saya tidak lagi berada di dalam Jemaah Menteri," katanya.
Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada rakyat Malaysia, penjawat awam, pihak swasta, pengamal media dan semua pemegang taruh yang pernah berurusan sepanjang beliau menjadi Menteri Ekonomi.
"Perjalanan kita untuk merubah struktur ekonomi negara menjadi lebih kukuh dan mencapai status negara berpendapatan tinggi adalah masih jauh. Oleh itu, kita wajar terus mengambil keputusan yang baik untuk jangka panjang, walaupun keputusan itu sukar dan berliku, demi generasi masa hadapan," katanya.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Rafizi Ramli meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun 2025, selepas gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti baru-baru ini.
- Beliau menyatakan bahawa kekalahan tersebut bermakna beliau tidak lagi mempunyai mandat untuk meneruskan agenda parti dalam kerajaan, dan menekankan pentingnya kebertanggungjawaban dalam politik.
- Rafizi menamatkan tugasnya dengan memuktamadkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), yang memberi penekanan kepada reformasi pendidikan, dan berharap reformasi tersebut diteruskan walaupun beliau tidak lagi berada dalam Kabinet.