MALAYSIA
[TERKINI] Ribuan membanjiri Axiata Arena, nyatakan solidariti bersama Gaza
Himpunan tersebut diadakan bertujuan menyatakan sokongan terhadap aktivis 23 GSF yang ditahan oleh rejim Zionis Israel pada 2 Oktober dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ribuan rakyat Malaysia memenuhi Axiata Arena, Bukit Jalil di Himpunan Solidariti Bersama Gaza pada Rabu.
Himpunan tersebut diadakan bertujuan menyatakan sokongan terhadap aktivis 23 Global Sumud Flotila (GSF) yang ditahan oleh rejim Zionis Israel pada 2 Oktober dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Selain itu, himpunan tersebut juga untuk mengulangi solidariti terhadap penderitaan warga Gaza yang telah ditindas oleh rejim Zionis Israel sejak sempadan mereka disekat pada Julai 2007.
Tinjauan Astro AWANI mendapati pengunjung mula melakukan solat maghrib dan solat hajat secara berjemaah serta majlis munajat perdana untuk Gaza yang diketuai oleh Syeikh Abdul Karim.
Menurut penganjur Sumud Nusantara, terdapat enam wakil aktivis GSF akan berkongsi pengalaman mereka sepanjang misi tersebut.
Mereka ialah Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan (PU Rahmat), Muhammad Hareez Adzrami (Haroqs), Muhammad Abdullah (Ustaaz Mad Kecik), Nurfarahin Romli (Farah Lee), Nur Heliza Helmi, Nur Hazwani Afiqah Helmi, Nur Fazelah Mad Tahil (Zizi Kirana) dan Nurul Hidayah Mohd Amin (Ardell Aryana).
Mereka merupakan antara 23 aktivis yang tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) daripada Istanbul pada Selasa.
Antara aktivis GSF yang turut ditahan ialah Musa Nuwayri, Sul Adil, Taufiq Mohd Razif, Haikal Luqman, Danish Nazram, Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Norhelmi Ab Ghani, Norazman Ishak, Mohd Asmawi, Rusydi Ramli, Iylia Balqis, Zulfadhli Khairudin, Zainal Rashid Ahmad dan Razali Awang.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucapannya sekitar jam 10 malam selepas pidato yang akan disampaikan oleh Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Al-Kahery dan Pengasas Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Himpunan tersebut dijangka berakhir dengan bacaan doa qunut nazilah.