MALAYSIA

[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar

Umavathi Ramayah 05/01/2026 | 04:38 MYT
Anwar ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi Januari dan Amanat Tahun 2026, di sini, pada Isnin. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 19 Januari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tempoh had itu wajar ditetapkan bagi memastikan kelangsungan kepimpinan dan memberi ruang kepada generasi seterusnya meneruskan agenda pembangunan negara.

"Ia juga terpakai untuk semua kerana kalau diberikan tempoh berkenaan mencukupi untuk melaksanakan (agenda dan tanggungjawab yang diamanahkan), selepas itu elok diserahkan kepada generasi berikutnya.

"Maka kita (Jabatan Perdana Menteri) akan membentangkan RUU bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi Januari dan Amanat Tahun 2026, di sini, pada Isnin.








#Rang Undang-Undang #tempoh jawatan Perdana Menteri #Anwar Ibrahim #dibentang di Parlimen #terkini