MALAYSIA
[TERKINI] Satu lagi kes rogol berkumpulan di sekolah: 4 pelajar ditahan di Baling
Hasil siasatan lanjut mendapati, empat suspek terbabit didapati melakukan seks termasuk secara berkumpulan pada Mei hingga Ogos lalu di beberapa lokasi di dalam kelas di sekolah berkenaan. - Gambar hiasan
BALING: Polis menahan empat remaja lelaki disyaki terlibat dalam kejadian rogol beramai-ramai ke atas seorang pelajar perempuan.
Tiga daripadanya merupakan pelajar lelaki sebuah sekolah di daerah ini sementara seorang lagi bekas pelajar sekolah sama.
Lebih menjijikkan, perbuatan itu dirakam mereka dan disebarkan ke media sosial.
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Mat Ali berkata, bapa mangsa telah membuat laporan pada Ahad lalu selepas dia dimaklumkan guru disiplin berkaitan penularan rakaman video anaknya berbogel.
“Polis telah menyiasat dan membuat tangkapan ke atas tiga pelajar sekolah berkenaan serta seorang lagi bekas pelajar sekolah sama, ditahan pada jam 9.30 malam Ahad lalu.
"Hasil siasatan lanjut mendapati, empat suspek terbabit didapati melakukan seks termasuk secara berkumpulan pada Mei hingga Ogos lalu di beberapa lokasi di dalam kelas di sekolah berkenaan.
"Semua suspek direman lima hari mulai tarikh mereka ditangkap dan polis telah merampas enam telefon bimbit untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Ahmad Salimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan dan menghantar pornografi kanak-kanak.