Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Sekolah di Melaka ditutup esok berikutan jerebu

Langkah penutupan ini dibuat demi memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga sekolah sentiasa terjamin. - Gambar fail/Bernama
Langkah penutupan ini dibuat demi memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga sekolah sentiasa terjamin. - Gambar fail/Bernama

Advertisement

MELAKA: Semua sekolah di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan di seluruh Melaka akan ditutup esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu diambil susulan pemantauan berterusan pihaknya dan laporan rasmi Jabatan Alam Sekitar yang menunjukkan Indeks Pencemar Udara (IPU) di kawasan utama mencatat bacaan melebihi 150, iaitu pada tahap tidak sihat. 

"Langkah penutupan ini dibuat demi memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga sekolah sentiasa terjamin.

​​"JPN Melaka bersama Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah akan terus memantau keadaan jerebu dari semasa ke semasa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan," menurut kenyataan itu.

Menurut JPN Melaka, sebarang maklumat terkini atau perubahan berhubung sesi persekolahan seterusnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi.

​"Pihak JPN Melaka memohon kerjasama dan keprihatinan seluruh warga pendidikan serta ibu bapa dan penjaga untuk sentiasa mengutamakan kesihatan anak-anak sepanjang tempoh ini," katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement