23 Delegasi Malaysia Bebas dari Israel, Kini di Istanbul untuk Pemeriksaan & Sokongan – Ikuti Perkembangan Terkini di sini
MALAYSIA

[TERKINI] Semua 23 aktivis Malaysia tiba di Istanbul malam ini, terima kasih sahabat saya Erdogan – PM Anwar

Khalis Khadir 04/10/2025 | 13:25 MYT
Perdana Menteri turut merakam penghargaan kepada sahabat karibnya, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan serta pemimpin negara yang lain kerana memudahkan segala urusan pembebasan rakyat Malaysia dari tahanan rejim Israel. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesyukuran selepas semua wira dan wirawati negara dalam Global Sumud Flotilla (GSF) dibebaskan dan selamat tiba di Istanbul, Turkiye malam ini waktu Malaysia.

Beliau turut merakam penghargaan kepada sahabat karibnya, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan serta pemimpin negara yang lain kerana memudahkan segala urusan pembebasan rakyat Malaysia dari tahanan rejim Israel.

“Alhamdulillah, semua wira dan wirawati Malaysia dalam Global Sumud Flotilla telah bebas dan selamat tiba di bumi Istanbul malam ini waktu Malaysia.

“Terima kasih kepada sahabat karib saya Presiden Erdogan dan rakan pimpinan negara negara sahabat lain yang membantu memudahkan urusan pembebasan setiap aktivis dan sukarelawan anak Malaysia ini,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Perdana Menteri berkata, kejayaan ini tidak akan membuahkan hasil tanpa usaha berterusan yang gigih daripada semua pihak.

Katanya lagi, ini juga merupakan berkat doa daripada seluruh rakyat Malaysia.






#Anwar Ibrahim #Recep Tayyip Erdogan #Global Sumud Flotilla