Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Semua sekolah dibawah pentadbiran PPD Hulu Langat, Sepang ditutup pada Rabu - JPNS

Setakat 3 petang, APIMS menunjukkan hanya stesen Johan Setia dan Klang yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat, dengan bacaan masing-masing dicatatkan pada 146 dan 115. - Gambar fail/Bernama
Setakat 3 petang, APIMS menunjukkan hanya stesen Johan Setia dan Klang yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat, dengan bacaan masing-masing dicatatkan pada 146 dan 115. - Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Semua sekolah di bawah PPD Hulu Langat dan PPD Sepang akan ditutup sepenuhnya pada 14 Oktober akibat perkembangan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).
  • Sekolah di daerah lain di Selangor akan beroperasi seperti biasa, menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
  • Ibu bapa dan warga pendidikan dinasihatkan mengikuti makluman rasmi berkaitan kualiti udara dan arahan operasi sekolah.

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) memaklumkan bahawa semua sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat dan (PPD) Sepang ditutup sepenuhnya esok; 14 Oktober, berikutan perkembangan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Dalam kenyataan pada Selasa, jabatan itu menjelaskan penutupan ini melibatkan semua sekolah di kedua-dua daerah berkenaan. Sementara itu, semua sekolah di daerah-daerah lain di negeri Selangor beroperasi seperti biasa.

“Pihak sekolah yang terlibat diminta memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa atau penjaga serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid sentiasa diutamakan.

“Warga pendidikan dan ibu bapa juga dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti makluman rasmi daripada pihak berkuasa berhubung perkembangan kualiti udara dan arahan operasi sekolah yang berkaitan,” kata kenyataan tersebut.

Setakat 3 petang, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) menunjukkan hanya stesen Johan Setia dan Klang yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat, dengan bacaan masing-masing dicatatkan pada 146 dan 115.

Manakala stesen bacaan di Shah Alam (95), Banting (84), Petaling Jaya (83), dan Kuala Selangor (78), berada pada tahap sederhana. 

Must Watch Video

Advertisement