MALAYSIA
[TERKINI] Shamsul Iskandar tiba di SPRM beri keterangan dakwaan rasuah
Shamsul mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri pada Selasa lalu. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, tiba di perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekitar jam 12 tengah hari Jumaat.
Kehadiran beliau adalah bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pemberian rasuah oleh seorang ahli perniagaan, Albert Tei.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan tiga individu akan dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Azam turut menegaskan semua individu yang diarahkan hadir perlu memberikan kerjasama penuh bagi memastikan siasatan dapat diselesaikan segera.
Perkembangan terbaharu ini hadir selepas Shamsul mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri pada Selasa lepas.
Dalam hantaran di platform X, Shamsul mendakwa terdapat percubaan menyerang beliau secara peribadi dan merosakkan imej kerajaan MADANI.
“Justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini… Saya mengucapkan terima kasih kepada PM di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya,” katanya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa Shamsul menulis surat sokongan bagi projek pembinaan sebuah hospital pada 2024, selain mendesak beliau dipecat daripada jawatan kanan di Pejabat Perdana Menteri.
Pada 21 November, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada keperluan untuk membuat laporan terhadap setiausaha politiknya itu, namun mengesahkan telah memberi teguran keras kerana tindakan mengeluarkan surat sokongan adalah bertentangan dengan peraturan.
Shamsul, bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri pada 23 Disember 2022.