MALAYSIA
[TERKINI] SMK Dusun Nanding buka PPS khas untuk calon SPM terkesan banjir
PPS khas tersebut menyediakan makanan, ruang pembelajaran berkumpulan, serta tempat berehat yang lebih selesa. - Gambar/ Astro AWANI
HULU LANGAT: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dusun Nanding mengambil langkah proaktif dengan membuka pusat pemindahan sementara (PPS) khas untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas akibat banjir di Sungai Serai.
Ringkasan AI
Menurut Pengetua SMK Dusun Nanding, Rozman Abdul Kadir, sekolah itu merupakan institusi pertama yang berbuat demikian di Selangor, dengan tujuan memastikan calon mendapat suasana kondusif menjelang peperiksaan hari ini.
"Saya berhubung dengan pihak Pejabat Pelajaran Daerah sebelum ini dan mereka berikan saya kebenaran untuk kita tempatkan calon SPM kita sahaja di sini," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
DAPATKAN INFO TERKINI CUACA DAN BANJIR DI MALAYSIA DI SINI
Beliau berkata, secara keseluruhan seramai 72 calon terkesan banjir telah mendaftar ke PPS ini, dan setakat malam tadi, 55 daripada mereka telah mula bermalam di sini.
Beliau berkata, calon terbabit dipindahkan dari PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Serai pada sekitar 6 petang semalam menggunakan jentera Angkatan Pertahanan Awam (APM) secara berperingkat dengan yang terakhir tiba jam 9 malam.
Rozman memaklumkan bahawa PPS khas tersebut menyediakan makanan, ruang pembelajaran berkumpulan, serta tempat berehat yang lebih selesa.
Katanya, beberapa guru turut bermalam bersama pelajar bagi memastikan keselamatan dan memberi sokongan moral kepada mereka.
“Fokus kami adalah memastikan pelajar dapat bertenang dan membuat persiapan akhir dengan teratur walaupun berdepan situasi banjir,” katanya.
Ringkasan AI
- SMK Dusun Nanding membuka PPS khas untuk calon SPM yang terjejas akibat banjir di Sungai Serai sebagai langkah proaktif menjelang peperiksaan.
- Sebanyak 72 calon terkesan banjir mendaftar ke PPS tersebut, dengan 55 daripadanya bermalam di situ setakat malam sebelum peperiksaan.
- PPS menyediakan makanan, ruang pembelajaran, serta sokongan moral daripada guru untuk memastikan keselamatan dan keselesaan calon menjelang SPM.