MALAYSIA
[TERKINI] SPRM mohon lucut hak Menara Ilham, beberapa aset milik Tun Daim, isteri
SPRM memfailkan permohonan melucutkan hak ke atas Menara Ilham di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memfailkan permohonan melucut hak ke atas beberapa aset milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin, isterinya, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid serta proksi mereka.
Ringkasan AI
- SPRM memfailkan permohonan melucut hak ke atas Menara Ilham milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.
- Beberapa lagi permohonan akan difailkan dalam satu hingga dua minggu akan datang, melibatkan aset-aset lain dalam negara yang dikaitkan dengan Tun Daim, isteri serta proksi mereka.
- Tindakan ini merupakan sebahagian daripada siasatan SPRM berkaitan pengubahan wang haram dan hasil aktiviti haram, yang dijangka memberi kesan signifikan kepada pemilikan harta pihak terbabit.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, untuk hari ini, SPRM memfailkan permohonan melucutkan hak ke atas Menara Ilham di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“SPRM akan memfailkan beberapa lagi permohonan melucut hak ke atas harta-harta lain. Hari ini, permohonan melibatkan Menara Ilham telah difailkan.
“Dalam tempoh seminggu atau dua lagi, SPRM akan memohon untuk melucutkan hak aset-aset lain milik Allahyarham Tun Daim, Na’imah dan beberapa pihak berkaitan, membabitkan harta dalam negara,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPRM di sini pada Rabu.