[TERKINI] Suhu air Selat Melaka penentu kekuatan ribut Senyar menghala Malaysia - Pakar
![[TERKINI] Suhu air Selat Melaka penentu kekuatan ribut Senyar menghala Malaysia - Pakar [TERKINI] Suhu air Selat Melaka penentu kekuatan ribut Senyar menghala Malaysia - Pakar](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-11/41764223553_TBSENYAR.jpg)
Sistem tekanan udara rendah yang membentuk ribut tropika Senyar sudah berlegar di perairan Selat Melaka sejak 21 November lalu. - Foto MetMalaysia
KUALA LUMPUR: Ribut tropika Senyar menunjukkan trajektori menghala ke Semenanjung Malaysia, satu fenomena cuaca ekstrem yang jarang berlaku dengan pendaratan ribut ini dijangka menjejaskan negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
Ringkasan AI
- Ribut tropika Senyar dijangka melanda negeri Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan, menimbulkan risiko angin kencang, hujan lebat, dan air naik.
- Pembentukan Senyar luar biasa kerana kawasan khatulistiwa tidak biasa menghasilkan ribut tropika kuat, dengan kelajuan angin kira-kira 60 kilometer sejam.
- Model ramalan pergerakan Senyar sukar dipastikan, menunjukkan potensi ribut tersebut menghala ke Malaysia, dan keadaan cuaca semasa perlu dipantau dengan teliti untuk mengenal pasti kesan yang mungkin berlaku.
"Kekuatan Senyar bergantung kepada suhu permukaan laut, terutamanya di Selat Melaka. Sekiranya lagi panas suhu air ini, lebih banyak tenaga akan diserap ribut tropika menyebabkan skala kekuatannya meningkat apabila menghentam daratan, selain bertukar kategori menjadi siklon.
"Dalam senario siklon tropika terbentuk dan mendarat, kawasan terjejas akan mengalami angin kencang, hujan lebat dan air naik," ujar Azizan ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Tambahnya, model ramalan Senyar yang dianalisis menunjukkan perubahan ketara dari hari ke hari, menjadikan pergerakan ribut itu sukar dipastikan.
"Pada Rabu, model tunjuk ia bergerak ke utara, tetapi hari ini menunjukkan Senyar patah balik menghala ke Malaysia. Kawasan Selat Melaka ini sempit, diapit Semenanjung Malaysia dan Sumatera, jadi model pun sukar merekodkan pergerakan sebenar ribut.
"Buat masa ini, kita belum pasti sama ada Senyar akan melemah menjadi 'tropical depression' atau menguat menjadi siklon yang lebih membinasakan. Kita perlu terus buat pencerapan masa nyata.
"Tetapi sekiranya ia terbentuk menjadi siklon, ia satu sejarah baharu untuk cuaca Malaysia, kerana kali terakhir fenomena hampir sama ialah Taifun Vamey pada tahun 2001 yang tempiasnya terkena Pulau Pinang," jelas Azizan.
Mengulas perbezaan antara siklon, taufan atau hurricane, Azizan berkata ia hanya pada nama dan lokasi ribut itu terbentuk.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


