Skip to main content
Advertisement

Malaysia

[TERKINI] Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang ucap takziah pemergian Tun Dr Siti Hasmah

Sumber: Astro AWANI
Seri Paduka Baginda berdua menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham serta berharap mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.
Advertisement

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang meninggal dunia pagi ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Kesultanan Pahang, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham yang merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Seri Paduka Baginda berdua menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham serta berharap mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Seri Paduka Baginda turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta beramal soleh.

Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.20 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada usia 100 tahun.

Pemergian Allahyarham disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada negara, khususnya atas jasa dan sumbangan beliau dalam bidang perubatan, kebajikan dan kemasyarakatan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement