MALAYSIA
[TERKINI] Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang jajahan terbaharu dilanda banjir
Calon SPM 2025 di PPS yang terjejas akibat banjir dilihat tekun mengulang kaji pelajaran menjelang peperiksaan, ketika tinjauan di PPS sekitar Kota Bharu, Kelantan, 24 Nov 2025. --fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Tiga daerah iaitu Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang menjadi kawasan terbaharu di negeri ini yang ditenggelami banjir ekoran hujan lebat berterusan sejak malam tadi.
Seramai 113 mangsa dari 35 keluarga sudah berada di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) mengikut laporan InfoBencanaJKM setakat jam 9 pagi.
"Daripada jumlah itu seramai 56 mangsa sudah mendapatkan perlindungan di enam buah PPS, Tanah Merah (54) dan Gua Musang (3)," katanya.
Menurut InfoBencanaJKM, jumlah keseluruhan mangsa di Kelantan setakat ini seramai 9,625 orang.
Katanya, kesemua mereka sedang berlindung di 52 PPS.
Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepasi paras bahaya iaitu 9.17 meter berbanding normal 5 meter.
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan Sungai Galas di Gua Musang melepasi paras amaran. - Sinar Harian
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini