MALAYSIA

[TERKINI] Terengganu umum bonus RM500 kepada penjawat awam negeri

Bernama 13/11/2025 | 07:00 MYT
Ahmad Samsuri pada sesi penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri(DUN) Terengganu (Bajet) 2025 di Wisma Darul Iman, hari ini. - Foto Bernama
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri itu.


Ringkasan AI
  • Kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian bonus RM500 kepada lebih 14,000 penjawat awam negeri dalam sesi penggulungan perbahasan Enakmen Perbekalan 2026 di DUN Terengganu.
  • Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar tidak memberikan butiran lanjut mengenai cara dan tarikh pemberian bonus tersebut.
  • Belanjawan 2026 DUN Terengganu sebanyak RM1.938 bilion telah diluluskan, dengan sebahagian besar peruntukan diperuntukkan untuk Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan.


Pemberian bonus kepada lebih 14,000 penjawat awam negeri diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dalam sesi penggulungan perbahasan Enakmen Perbekalan 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

"Kerajaan negeri bersetuju memberikan bonus sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri Terengganu," katanya tanpa memperincikan bagaimana dan bila pemberian itu akan dilaksanakan.

Hari ini, DUN Terengganu sebulat suara meluluskan Belanjawan 2026 yang dibentangkan Ahmad Samsuri pada Isnin lepas.

Bertemakan "Memacu Potensi Melonjak Prestasi", Belanjawan 2026 memperuntukkan sejumlah RM1.938 bilion untuk Perbelanjaan Mengurus termasuk RM450 juta bagi Perbelanjaan Pembangunan dengan hasil dianggarkan berjumlah RM1.998 bilion.

-- BERNAMA






#kerajaan terengganu #bonus #penjawat awam #Ahmad Samsuri Mokhtar #terkini