awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perjanjian antara Aeroline-Corus KLCC tamat dengan penutupan hotel
Raja Muda Perlis berkenan sertai kayuhan bersama alumni UiTM Perlis, komuniti bandar
Man Utd dominasi Man City, Michael Carrick mulakan tugas dengan kemenangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Wan Ahmad Farid Ketua Hakim Negara baharu

Firdaus Azil
Firdaus Azil
17/07/2025
16:28 MYT
[TERKINI] Wan Ahmad Farid Ketua Hakim Negara baharu
Pelantikan Wan Ahmad Farid adalah bagi menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara wajib pada 2 Julai lepas.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan melantik Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.

Ringkasan AI
  • Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan melantik Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.
  • Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Azizah Nawawi turut dilantik masing-masing sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.
  • Istiadat angkat sumpah jawatan akan berlangsung pada 28 Julai di Istana Negara.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Negara yang diterbitkan pada Jumaat, pelantikan itu dibuat oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri, dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Selain itu kenyataan tersebut menyebut, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan melantik Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.
Menurut kenyataan itu lagi, majlis penyampaian pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Seri Paduka Baginda akan diadakan pada 28 Julai di Istana Negara.
Pelantikan Wan Ahmad Farid adalah bagi menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara wajib pada 2 Julai lepas.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Persekutuan
#Wan Ahmad Farid Wan Wan Salleh
#Ketua Hakim Negara
#Sultan Ibrahim
#Majlis Raja-Raja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan