MALAYSIA
[TERKINI] Wan Ahmad Farid Ketua Hakim Negara baharu
Pelantikan Wan Ahmad Farid adalah bagi menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara wajib pada 2 Julai lepas.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan melantik Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.
Ringkasan AI
Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Negara yang diterbitkan pada Jumaat, pelantikan itu dibuat oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri, dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Selain itu kenyataan tersebut menyebut, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan melantik Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.
Menurut kenyataan itu lagi, majlis penyampaian pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Seri Paduka Baginda akan diadakan pada 28 Julai di Istana Negara.
Pelantikan Wan Ahmad Farid adalah bagi menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara wajib pada 2 Julai lepas.
Ringkasan AI
- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan melantik Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.
- Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Azizah Nawawi turut dilantik masing-masing sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.
- Istiadat angkat sumpah jawatan akan berlangsung pada 28 Julai di Istana Negara.
Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Negara yang diterbitkan pada Jumaat, pelantikan itu dibuat oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri, dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Selain itu kenyataan tersebut menyebut, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan melantik Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.
Menurut kenyataan itu lagi, majlis penyampaian pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Seri Paduka Baginda akan diadakan pada 28 Julai di Istana Negara.
Pelantikan Wan Ahmad Farid adalah bagi menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara wajib pada 2 Julai lepas.

#Mahkamah Persekutuan
#Wan Ahmad Farid Wan Wan Salleh
#Ketua Hakim Negara
#Sultan Ibrahim
#Majlis Raja-Raja